
Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan. Dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad S.A.W adalah pesuruh Allah. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk...
Januari telah berlalu..banyak kisah yang terjadi..begitu pantas masa berlalu tanpa disedari..benarlah dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-’Asr 103: (1-3) yang bermaksud "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"
Begitulah pantasnya masa berlalu..Sebelum masuknya bulan februari, aku banyak menerima khabar berita mengenai kematian saudara terdekat..ada antaranya ibu sahabat..mak saudara..nenek dan lain-lain..terasa bagaikan kematian begitu hampir dengan kita setiap hari..tidak mengira umur..tempat..status dan apa sahaja..kerana kematian itu pasti akan tiba pada masanya..tetapi kita ini insan yang kerdil sering lalai dan leka dengan mehnah dunia..Astagfirullah..begitu banyaknya dosa dan nista yang telah diri ini lakukan di muka dunia ini..Ya Allah..ampunilah dosa hambaMu yang hina ini..



0 comments:
Post a Comment