Saturday, April 24, 2010

Buang perkataan putus asa dalam diari hidupmu..


Hidup di dunia penuh cubaan dan tidak semua dirancang dan diingini akan diperoleh dengan mudah biarpun sudah dilakukan segala usaha termampu. Justeru, hanya mereka bersemangat kental dapat menghadapi cabaran hidup dengan jayanya.

Seperti kata pepatah, yang pipih tidak akan datang melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek. Ia mengajar kita supaya berusaha dan terus mencuba biarpun sering berdepan kegagalan. Hakikatnya, kegagalan lumrah kehidupan. Allah menguji setiap hamba-Nya dengan pelbagai cara. Ada banyak hikmah di sebalik sesuatu kegagalan dan ia ujian menentukan tahap kesabaran seseorang.

Sesiapa yang bersabar, dia bakal beroleh kejayaan berlipat ganda di sisi Allah. Hidup di dunia adalah medan ujian menentukan siapa paling layak mendapat pembalasan baik daripada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allah berfirman bermaksud: "Mereka itulah yang diberikan pahalanya dua kali ganda disebabkan mereka sabar." (Surah al-Qasas, ayat 54)

Firman Allah lagi: "Hanya orang yang sabar akan disempurnakan pahalanya tanpa kiraan." (Surah az-Zumar, ayat 10)

Oleh itu, orang beriman melihat kegagalan dan musibah dari sudut positif. Dia sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Malah bersyukur dan menerima takdir itu dengan berlapang dada, dijadikan pengukuh kepada rasa takwa.

Kegagalan tidak bermakna dia akan gagal selama-lamanya. Justeru, umat Islam dilarang sama sekali berputus asa. Setiap Muslim mesti terus berusaha untuk mencapai apa yang diharapkan kerana tidak ada kejayaan tanpa berusaha.

Sikap berputus asa tidak akan mengubah ke arah lebih baik. Sebaliknya, ia akan memburukkan keadaan dan menjauhkan seseorang itu daripada kejayaan. Orang berputus asa sebenarnya menjauhkan diri daripada kejayaan yang separuhnya sudah dicapai di sebalik kegagalan ditempuh. Setiap usaha tentu ada kebaikannya, biarpun tidak mencapai kejayaan diharapkan. Tidak tepat jika dikatakan usaha dilakukan hanya sia-sia disebabkan tidak mencapai sasaran ditetapkan. Setiap kebaikan dilakukan tidak hanya untuk satu matlamat atau kebaikan. Kebaikan diraih dari pelbagai sudut bagi setiap perkara kebaikan dilakukan biarpun matlamat akhir belum tercapai.

Umpamanya, pelajar yang belajar dan kemudian menduduki peperiksaan, tetapi gagal mencapai gred diharapkan, sudah tentu lebih baik daripada mereka yang tidak belajar langsung. Dia mendapat banyak kebaikan daripada proses pembelajaran diikuti.

Sesungguhnya, setiap Muslim dilarang keras daripada bersikap berputus asa daripada rahmat Allah. Sikap berputus asa bererti menolak qada dan qadar yang wajib diimani dan diyakini, manakala sabar memudahkan seseorang berusaha mencari jalan menghadapi kegagalan.

Apa yang terjadi kepada manusia sudah ditetapkan Allah. Namun, ia tidak menghalang manusia daripada berusaha dan berdoa. Hanya Allah mengetahui di sebalik qada dan qadar. Tugas manusia ialah terus berusaha melakukan sesuatu untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Mereka yang mudah berputus asa bermakna imannya cacat dan tidak sempurna. Mereka tidak tahan ujian dan dugaan Allah. Orang yang mudah berputus asa tidak akan mencapai kejayaan hidup. Kekecewaan menghampirkan diri kepada kegagalan mutlak.

Individu yang teguh imannya tidak berputus asa dengan rahmat Allah. Dia mengetahui dirinya sudah menuju kejayaan sama ada ditunjukkan di dunia ataupun di akhirat kelak.

Firman Allah bermaksud: "Wahai anakku, pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah, sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf, ayat 87)

Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menzalimi hamba-Nya. Setiap apa yang Allah jadikan itu ada sebabnya. Ujian diberikan Allah adalah tanda Allah menginginkan kebaikan untuknya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya besar ganjaran seseorang berdasarkan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah apabila mengasihi sesuatu kaum, mereka akan diuji dengan ujian. Barang siapa yang reda, maka baginya keredaan Allah dan barang siapa yang tidak bersabar, Allah tidak akan bersabar terhadap mereka." (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Firman Allah bermaksud: "Demi sesungguhnya Kami akan menguji dengan sedikit perasaan takut, kelaparan dan berlaku kekurangan harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Oleh itu, kegagalan sepatutnya akan menjadikan seseorang itu lebih tekun dan gigih berusaha sehingga mencapai kejayaan. Kebanyakan individu yang berjaya cemerlang dalam pelbagai bidang pernah beberapa kali gagal sebelum itu. Mereka bersyukur kerana berdepan dengan kesukaran dulu. Bagi yang berfikiran positif, musibah dan kegagalan adalah peluang. Ketika berdepan masalah, banyak orang menjadi 'cerdik' dan akal panjang untuk mengatasinya. Keadaan mencabar memberi satu momentum melonjak ke arah lebih baik.

Kegagalan bukan disebabkan peluang tiada. Allah membuka seluas-luasnya peluang untuk manusia berjaya mendapat apa dihajati. Namun, liku-liku perjalanan untuk mendapat apa dihajati berbeza antara satu sama lain.

Orang berjaya sentiasa melihat kegagalan sebagai peluang membolehkannya membina kejayaan. Dia terpaksa bersusah payah untuk menukar kegagalan sebagai kejayaan. Apa dicapai itu lebih manis dan bermakna, yang memberi pengajaran hidup cukup berharga.

Petua Memilih Sahabat



"Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau
kelakuan seseorang adakah ia seorang yang soleh atau toleh maka
tidak perlu engkau bertanya di sana sini. Cukup dengan kamu melihat
siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan
dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang
berkawan ia akan mengikut kelakuan dan perbuatan kawannya itu.'

Berkata Ulama

"Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu
orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu urusan agamamu maka
orang itu pun memanfaatkan ilmunya kepadamu. Kedua ialah orang yang
engkau sendiri memanfaatkan ilmu agamamu kepadanya lalu ilmu itu
diterimanya daripadamu dan diamalkannya. Ketiga ialah orang yang
engkau tidak mempelajari apa-apa ilmu agama pun darinya dan engkau
sendiri tidak mengajarkan kepadanya maka yang lebih eloknya, larilah
kamu daripadanya."




Petikan dari Nasihat Al-Qamah kepada Puteranya

Berpesan Al-Qomah kepada puteranya, "Wahai puteraku!Sekiranya engkau
merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah
engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat berikut:-

Jika kamu ditimpa bencana, maka temanmu itu akan cuba melakukan
sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu,
maka ia akan segera mengusahakannya.

Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut
membantumu dengan memberikan pandangannya.

Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan
kata-katamu itu.

Jika temanmu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau
perkataanmu maka dia akan menutupinya

Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka
dia akan membalas dengan baik talian persahabatan itu.

Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan maka ia akan menerimanya
dengan baik malah membalasnya kembali

Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu
maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan kebaikanmu itu.

Jika kamu berdiam diri atau malu untuk meminta sesuatu darinya maka
dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.

Jika kamu berselisih faham dengannya maka ia lebih rela mengalah
demi untuk memelihara persahabatanmu itu.

Tentang Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa
muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber
kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak
istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju
kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang
menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup
terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

not afraid to stand alone

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Single mother raising her children
And Now she’s a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
It was a healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Had a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

She was called for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love –
They brought her in — told her shes the 1 pick
You got the job, but you gotta lose the outfit”

It’s a tough position that you put me in
Cause look at my condition, and my two children
But I’ll continue looking for a job again
Cause my faith and my religion I will never bend

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Peer pressure, they were insisting
And I was resisting
Some days…. I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know…..when I’m praying and fasting’
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour…

one day there’s a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing…. her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don’t see me sweatin’ when they’re jokes cracking
Never see me cussing’ with my pants saggin’
I aint never running Yo Im still standing,
sorry I aint jumping on your band wagon, cause…

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Now, I’m a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don’t dare say no
Scared of being shunned, but its clear they know
I aint never gonna run, I aint scared no more….

Man, these sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn’t cute
And the get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and thats the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me Im a brotha gotta stand my ground
No fear, Im tough Im the man in town
Peer pressure no more, its my planet now

Others may fall, but Im hold my own
With Allahs help I’ll be strong as stone
And I’ll be the one to let Al Islam be shown
Cause I am not afraid yo to stand alone

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Friday, April 23, 2010

~wudhuk zahir dan batin~

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata,
"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya,"Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian
' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Untuk munafaat kita bersama, Tolonglah sampaikan email ini kepada Sahabat-sahabat

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmud demi kebaikan,insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

SALAM UKHWAH

5 wasiat dari Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W

5 wasiat dari Allah kpd nabi
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

1· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

2· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

3· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

4· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada

saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

1· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

2· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

3· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

4· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

5· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

6· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Saturday, April 17, 2010

persediaan terakhir final exam

salam rindu salam muhibbah buat semua teman..
sebelum menghadapi final exam,aku sempat pulang ke rumah walaupun sekejap..
terlerailah gak rindu ini kat my parent..kalau sebelum ni aku rase mcm tak tenang,gelisah n serabut dengan study..bile aku tgk wajah ibu ngan ayah aku..aku mendapat kekuatan tuk terus berusaha n segala kekalutan itu terlerai...aku ingin meluahkan ape yang aku rase selama nie kat parent aku..tapi semua tu tak jadi sebab aku kasihan kat mereka..huhuhu..cukuplah aku tak nak membebankan mereka ngan masalah aku lagi..walaupun kejap jer aku kat rumah..hanya sehari..aku sempat menziarahi pusara abang ngan nenek aku..kat situ aku dapat lagi semangat tuk terus belajar..aku azam tuk buat mereka bangga dengan aku suatu hari nanti..walaupun sebenarnya aku rindu sangat kat mereka...lagi2 arwah nenek yang selalu memberikan aku semangat dan dorongan waktu aku study kat matrik dulu..kini tiada lagi sape yang bagi semangat tuk aku study mcm arwah lakukan kat aku...aku terpaksa berdiri atas kaki aku sendiri sekarang..hakikatnya aku sering gak kalah dalam mencari semangat itu..semua orang nampak aku happy selalu.tapi sebenarnya takde sape yang tahu..hanya Yang Esa sahaja yang tahu hati dan perasaan ini..kadang tu kat sinilah aku meluahkan perasaan..hehehehe..aku dah budget lepas final exam nak wat full time keje kat company yang sekarang ni aku keje..tapi tiba2 dapat panggilan jadi fasi plak tuk budak yang akan masuk sem depan..mcm mane yer???aku pun tak tau..lepas examlah fikir...hihihi..oklah nak sambung study nie...babye..wassalam...

Tuesday, April 13, 2010

teman or sahabat..

Saturday, April 10, 2010

ingatan buat teman

dedikasi untuk sahabat ana:mohd izwan,farish,faez,nazmi,hazli,shauqi,nurullah,azam,n semua teman yang memberi kenangan kepada hidup ini...

Teman
Masih ingatkah kalian
Saat kita bersama
mencipta keriangan
Ketika mengaut khazanah ilmu
Buat bekalan di hari muka
Saat itu
Tiap masa tiap detik
Dunia kita dihiasi senda gurau
Disulami tawa ria
Walaupun ada ketikanya
Kita di asak bilah-bilah bebanan
Namun tak pernah ia dijadikan halangan
Untuk kita meneruskan cabaran
Setelah setengah dekad kita terpisah
Kita bertemu semula
Walaupun ada antara kita
Yang tak pernah jemu mengaut ilmu
Terlontar jauh dari bumi tercinta
Namun jalinan silaturahim
Tak pernah terputus
Kini kita mempunyai haluan sendiri
Sentiasa sibuk menempuh kerikil kehidupan
Di hutan batu yang serba mencabar ini
Pun begitu ada ketikanya
Kita kembali mengatur
Keriangan waktu dahuluUntuk melupakan
Timbunan bebanan dibahu
Walaupun ruangnya secebis cuma
Sudah cukup membuat kita bahagia
Semoga kita akan terus cekal
Dan mampu meneruskan langkah
Hingga ke akhir denyutan

UNTUKMU TEMAN YANG BERGELAR SAHABAT

Untukmu Teman
Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu
Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa
Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan
Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

Tuesday, April 6, 2010

kenanglah jasa ibumu...

Rona-rona hidupku..


that my life~~~~

Monday, April 5, 2010

semangat..oh semangat...


salam...hai sahabat semua...
exam final tinggal beberapa hari saje lagi..
namun ape yang dah jadi ngan aku nie???mcm takde semangat jer...huhuhu..
sebab ape pun aku tak tau...
mungki sebab takde sape yang bg motivasi kat aku kot..tak mcm dulu..
klu dulu arwah neneklah yang banyak memberi semangat tuk aku teruskan menuntut ilmu..
banyak ambil berat tentang aku...walau jauh sekali aku belajar..tapi aku tak rase sunyi mcm kat sini..sekarang aku kehilangan motivasi untuk belajar..tak mcm dulu..memang betul ape yang dikatakan orang selama ini..hilang sesuatu yang berharga tidak akan dapat diganti dengan yang baru..walaupun yang baru labih sempurna..
siapa yang aku harapkan pun aku tak tahu..memang aku kene hidup berdikari..tapi sekali dua aku perlukan dorongan and nasihat dari orang lain..aku cuba dapatkan motivasi..tapi tak tercapai yang aku harapkan..aku mengharapkan sahabat yang sejati untuk teruskan perjuangan ini..bukan kawan yang bersama kita mase senang sahaja..tapi waktu susah tak tau hilang kemana....namun aku bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk bersama sahabat yang benar2 sahabat walaupun hanya seketika..dan bersama mereka yang aku sayang....semoga mereka ditempatkan di dalam golongan para ulama dan solihin..amin...dan akhir kalam...aku merindui mereka semua...hanya doa yang mampu aku kirim dalam doaku...

Sunday, April 4, 2010

siapa aku dimatanya...

sering kali aku terasa hati dengan perbuatannya..namun aku tetap berfikiran bahawa dia ada di dalam hatiku...walau kadang kala aku teringin untuk cuba lari daripada dirinya..namun tidak boleh sama sekali...aku tidak tahu ape yang difikirkan oleh si dia..ape sebenarnya kehendaknya terhadap diriku????sering kali aku yang memenuhi kehendak dirinya..segala kemudahan dan kesenangan aku sediakan..namun seperti tidak pernah pun dihargainya..aku sering makan hati dengan perbuatannya..tapi..ape yang aku perlu lakukan????aku buntu...adakah setiap insan yang ade disampingku semuanya begitu????sering mengambil kesempatan terhadap ape yang ade padaku..

semua orang ade masalah dan sibuk dengan hal masing-masing..ape dirinya ingat dia lebih sibuk daripada aku???aku juga ade komitmen yang lebih jika berbanding dirinya...namun kenapa aku yang perlu banyak berkorban untuk orang lain???sedangkan mereka hanya tahu mengmabil kesempatan..aku sudah lali..kerana sering kali aku menyindir..tapi seperti mencurahkan air ke daun keladi...aku hanya mampu berserah n berdoa agar dia akan sedar suatu hari hari nanti...

Pergi Selamanya – Kamikaze

malam kian melangkah pergi
masih aku sendiri termangu dalam sepi
dalam kelam hadir bayangmu
bagai mengundang mimpi
sebab kau dan aku
sayangnya kau tiada disisiku

masih terbayang segalanya
bagaikan semuanya mimpi belaka
hilang tak mungkin kan kembali
mengubah yang tersurat dalam hidupmu
kau pergi tak kembali selamanya

c/o
walau berkali ku tangisi
tak mungkin kau kan kembali
ku tak berdaya mengharungi sendiri
tanpamu hidupku tak bererti
hari berlalu kau kian jauh
di alam abadi di pusaramu

hanya doa yang ku iringkan
dalam hiba aku tangiskan
hilang tiada pengganti
permata yang berharga dalam hidupku

segalanya datang dan pergi
ku tahu sukar bagiku
menelan kenyataan
takdir telah tertulis untuk diriku

sesuatu itu ada bermacam sesuatu..

Saturday, April 3, 2010

NASIHAT BERGUNA

10 Wasiat Imam Syafie
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMALPADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGINERAKA PADA HARI AKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat,dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia darikemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

25 pesanan Luqmanul Hakim

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.