Saturday, February 27, 2010

JIKA...

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirya
kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Friday, February 26, 2010

TIPS MENGEKALKAN SEBUAH PERSAHABATAN



• Saling Memberi Kebebasan

Persahabatan memberi kita ruang utk berkongsi suka duka bersama dan bukannya utk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan org lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yg penting, si dia jujur pada persahabatannya.
• Saling Menahan Rasa Cemburu
Ramai yg berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yg dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yg membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yg tak kena, tanyalah temanmu itu dgn baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan utk berbicara dgn fikiran yg matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu utk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...
• Saling Memahami

Utk menjadi sahabat yg baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dgn lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yg bukan2 tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yg mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa utk kamu bertemu si dia.
• Saling Mengalah

Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yg telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yg beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.
• Saling Memberi Kemaafan

Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yg sudi memberi kemaafan kepada org lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

Thursday, February 25, 2010

PAHITNYA DUNIA KERANA MANISNYA SYURGA TUHAN



Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satupun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda selalunya berkat bantuan orang lain.

Seorang sufi bermadah,"Adakalanya kesalahan membuatkan sesaorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu boleh mendatangkan sombong diri. Oleh itu tidakkah beruntung mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu".

Nabi s.a.w. bersabda,"Seutama utama perjuangan sesaorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya".

Kata pemikir Islam,"Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya ..sebab itu tidak di terimanya".

Ulamak mursyid berkata,"Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan".

Istimewa jiwa pengasih. Rasulullah s.a.w. bersabda,"Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat".
Saling mencintai. Rasulullah s.a.w. bersabda,"Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. maka seluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam".

Nabi s.a.w. bersabda,"Jagalah dirimu dari api neraka.. meskipun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata yang baik".

Seorang hamba Allah berkata,"Ibadat itu laksana perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat {bersunyi sunyian)..modalnya taqwa ..sedangkan keuntungannya adalah syurga".

Segalanya dari syahwat.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Hak itu berat dan pahit sedangkan batil itu rengan dan manis. Adakalanya suatu syahwat menyebabkan dukacita yang abadi".
Kalau hati itu bersih. Seorang ulamak berkata,"Pandangan mata selalu menimpa..pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati lah yang hakiki.. kalau hati itu bersih".

Wanita syurga bercahaya. Rasulullah s.a.w. bersabda,"Kalau seandainya seoran wanita itu penghuni syurga datang ke bumi.. nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang".

Pohon syurga. Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon dimana orang berkenderaan berjalan dibawah naungannya selama satu tahun belum sampai melepasinya".

Seorang soleh berkata,"Sesiapa tidak ada ilmu dan sesiapa tidak ada agama dan sesiapa tidak ada sifat warak bererti dia tidak dekat dengan Tuhannya".

Sejahat jahat musuh. Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk engkau".

Balaslah jasa orang. Rasulullah s.a.w. bersabda,"Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balasilah dia ..jika kamu tiada apa apa balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya".

Kematian kekasih.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga".

Tegas demi kebenaran.Nabi s.a.w. bersabda,"Janganlah sekali kali wibawa manusia itu melarang sesaorang untuk mengatakan yang hak apabila dia telah mengetahuinya atau menyaksikannya atau mendengarnya".

Istimewa sembahyang malam.Nabi s.a.w. bersabda,"Biasakanlah sembahyang malam sebab ia kebiasaan orang solehin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kanu dari dosa dan menebus dosa dosa dan mengusir penyakit dari badan".

Kau kira kau bijak?Seorang soleh mengingatkan,"Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia.. padahal kau lah yang paling bodoh kerana tidak tahu ilmu akhirat".

Manisnya iman. Seorang ulamak berkata,"Orang yang mengenal Allah dengan ilmu seperti seorang yang mengenal gula tetai belum merasainya.. orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang yang merasai gula dan sering merasa kemaisannya".

Amalan Islam terbaik. Seorang lelaki bertanya,"Manakah amalan Islam yang terbaik??" Nabi s.a.w. menjawab,"Memberikan makanan.. mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal mahupun kepada orang yang tidak dikenal".

Kejelitaan akan pudar. Seorang ulamak berkata,"Kemudaan akan hilang.. kecantikan akan pudar.. kekuatan akan lemah..tua akan datang.. kematian pun meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan??".

Mata yang beku. Rasulullah bersabda,"Ada empat perkara yang membawa celaka..iaitu mata yang beku{taksudi mengeluarkan air mata) kesat hati.. pangang angan angan dan tergoda olih dunia".

Jika engkau mahukan kemesraan.Seorang bijak pandai Islam berkata,"Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah.. maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri.. tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA".

Jangan cakap banyak.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tinggalkan bicara berlebehan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah dapat menyampaikan hajatmu".
Kata pemikir Islam,"Gunung yang tinggi tidak bolih menakung air.. tetapi lembah yang rendah bolih menjadi tasik yang saujana luasnya.. ertinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya.. sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi".
Belajar dengan buku. Seorang ulama berkata,"Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman ..orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu".
Fikiran bak mutiara. Seorang ulama berkata,"Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin olih jiwa.. hasilnya fikirannya bak mutiara".
Istimewa diam.Nabi s.a.w. bersabda,"Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikkan lebih baik dari diam dan diam lebih baik dari berkata tidak baik".

Jika Allah kasih. Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".

Wednesday, February 24, 2010

Lemas dalam ujian and test..



assalamualaikum...hai sahabat semua..semog sihat sentiasa..
ermm.naik je dari cuti mid sem banyak test yang menanti..nie baru jer habis test satu subjek..n sok ada lagi test tuk subjek lain..dan juga minggu depan..
macam mane aku nak bahagikan mase tuk study,dpnc,tutor n ko-k??
aku pun naik pening..belum lagi aktiviti anak negeri lagi..
hujung minggu nie aku terpaksa decide mane satu aku kene pegi..
sama ada kembara motivasi???futsal bik???atau opening lunch kedai abg aku??
semua tu aku rase penting...kembara n futsal dahla aku yang handle..and lagi satu abg aku mengharap sgt aku datang kl hujung minggu nie..arrgghhh..macam mane nie??keliru...

Sunday, February 21, 2010

HIKMAH 5 JARI BERSAUDARA



Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima.

Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.
Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.

Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil,
seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.
Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil.
Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya kerana apabila sudah menjadi buluh dilentur payah di kepak patah".
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.
Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.
Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini,
alam remaja menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.
Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.
Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga.
Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.
Zaman remaja ditinggalkan.
Alam dewasa kian menjengah.
Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan
ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.
Namun,
anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda.
Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.
Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.
Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk.
Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.
Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.
Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.
Manusia yang berada di tahap usia ini,
hendaklah tampil sebagai model
kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari.
Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan.
Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.
Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.
Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.
Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes"
sambil menggengam semua jari
dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu.
Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???"

Saturday, February 20, 2010

mid-sem berlalu sudah..


hai sahabat..cuti mid-sem habis sudah..
malas menyelubungi diri ini..inilah akibat klu baru lepas cuti..
ape pun lepas nie banyak test n assignment menanti..
ermm..pertengahan bulan 3 kene balik kg lagi...
exam pun dah nak dekat,tapi tak study2 lagi..
apelah nak jadi ngan aku nie..makin malas..
hope semangat aku akan bertambah...
doakan aku supaya success in my study..n what ever i do it..
to all my members..gud luck n success in your life..

Friday, February 12, 2010

pembelajaran di sem ke-2

salam...
kepada semua sahabat semoga berada dalam keadaan sihat sentiasa..
selama 2 bulan study di sem ke-2 ini..barulah aku dapat adapt dgn keadaan kampus n cara belajar..
pada sem 1 aku banyak keliru n celaru..
namun berbekal pengalaman yang ade di matrik..
so aku mula mengaplikasikan semula dan aku dapat catch up semula akunyer study..
selain tu..aku sempat wat keje part time hujung minggu..sambung keje kat branch tmpt keje aku dulu sebelum masuk usm..
parent aku pun setuju...dengan nie aku rase bila kite byk komitmen barulah kite akan menghargai setiap mase yang ade..taklah macam sem 1,banyak lagha jer..
ape pun aku hope ini akan sentiasa maintain...n lagi satu,sahabat2,doakan kejayaan aku kat sini..tq..wassalam..