Thursday, June 13, 2013

~~~~MUNGKIN~~~~

Mungkin....suatu yang sering kali menjengah ke dalam kehidupan ini..beribu kemungkinan akan terjadi dan segala-galanya...diri ini hanya mampu untuk merancang tetapi segala ketentuan adalah daripada Yang Esa...Kita berusaha untuk mencari kebahagiaan diri sendiri dan kebahagiaan insan di sisi..namun seringkali ia tidak kesampaian..sehinggalah sampai suatu ketika mengambil keputusan untuk bersendiri..kerana apa..kerana takut insan di sisi akan lebih terseksa...tetapi langkah ini bukanlah penyelesai masalah...seolah-olah melarikan diri daripada masalah..itu juga tak dapat membantu... Beginilah kerdilnya diri ini..kadang kala menerpa soalan ini di dalam benak fikiran..mengapakah aku di uji sebegini??mengapa aku berada di jalan kehidupan seperti ini??mungkin ini semua adalah ketentuan dari Yang Maha Kuasa..kerana segala masalah dalam hidup ini membuatkan diri ini banyak mendiamkan diri..mungkinkah hati ini telah menjadi keras akibat memendam semua masalah ini...namun ku percaya..hanya kepadaNya sahaja aku mampu meluahkan segalanya..kepadaNYa aku mohon peertolongan...dalam ketika ini hati ku bercampur baur..tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata..Hanya Dia yang memahami jiwa ini...sesungguhnya hati ini..jiwa ini menagihkan simpati rahmat dan petunjuk dari Mu Tuhan..berikanlah daku kekuatan untuk mengharungi kehidupan ini..amin

Friday, May 31, 2013

Lembaran baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... lama benor aku tinggalkan dunia coretan aku nie..sejak mula masuk dunia pekerjaan.. rase mase tu macam tak cukup je..padahal mase setiap orang semua sama..24 jam kan..hehehe..entry kali nie tak tau nak coret ape..sebenarnya terlintas masuk blog nie pun sebab takde keje nak buat kat ofis nie..alhamdulillah..dah sebulan aku kat dalam bidang nie..dan bidang baru nie nampak sangat mencabar kerana tak pernah pun terlintas untuk masuk bidang nie..first time masuk sangatlah gemuruh dan takut gak...hehe..so far so good..ini masuk kali ke-4 keje aku..keje baru..tak dapat lagi keje permanent/gomen..mungkin rezeki aku kat sini...betullah orang kata,tak semestinya apa yang kita belajar itu yang kita akan keje..semua tu hanya sebagai abatu loncatan sahaja.. bidang property dan investment..inilah keje baru aku..alhamdulillah..aku diterima keje kat company yang high class jugak..walaupun jauh dari rumah..just go through jer..lagipun aku bujang...so it ok dengan gaji yang aku dapat..secara tak sedar..walaupun bidang nie macam terkeluar 100 percent dari ape yang aku belajar..tapi ade jugak sikit2 yang berkaitan...syukur sebab my boss n kawan ofis banyak tolong aku tuk dalam bidang nie.so selama aku mula keje sampai sekarang..maybe rezeki aku kat dalam bidang sales kot..takpe..asalkan rezeki halal...hehehehe.. kerja yang mencabar....biasa keje macam nie mesti banyak menda atau keje yang kita kene buat tiap hari...tapi aku punya keje banyak rileks..sangat beruntung,cuma 2 minggu first je aku kene banyak belajar..harap aku dalam kekal dalam bidang nie sebab aku dah mula suka..hehehe.. ok guys...dah tak tau nak cakap ape..so pape pun..take care semua..salam jumaat..:-)

Tuesday, March 5, 2013

~Suatu Moment~

Salam....masa begitu pantas berlalu...saat berganti minit..minit berganti jam...jam berganti hari..hari berganti minggu..minggu berganti bulan..bulan berganti tahun...dan seterusnya...pejam celik je dah sampai hingga detik sekarang..sedar tak sedar.. tiba lagi saat ini..seolah-olah..biarlah hari atau detik ini tak tiba..namun ku tak dapat halang ia dari terjadi... Aku sendiri tak tahu nak coretkan ape....rase seolah-olah aku tak mahu berangan atau impikan sesuatu yang mungkin atau tak mungkin terjadi...ntahlah....andai ku fikirkan semua ini..mesti ku akan jadi lebih tewas...kalah dengan semua masalah-masalah di sekeliling hidup ini...namun hakikat sebagai manusia...kita tak dapat nak lari dari masalah..namun...entahlah...perkataan "entahlah..." dah menjadi sinonim dengan hidup ku...kini ku tak akan mempersoalkan apa yang berlaku sekeliling ini...walau ape yang berlaku dan ada yang berkata-kata..biarlah...selagi mereka mampu berkata-kata..apa yang ku tahu..siapa diri ini...hidup keseorangan mungkin yang terbaik untuk hidup ini..ntahlah...mungkin SUATU MOMENT itu hanya menjadi kenangan untuk selamanya...salam ikhlas..

Tuesday, January 8, 2013

Sebuah Cerita

Assalamualaikum dan selamat pagi.. lama dah tak jenguk blog aku nie..mungkin sibuk dengan hidup dalam alam baru..klu dulu mase study sempat lagi curi2 untuk update blog nie..itu sebab asyik duk menghadap laptop jer..tapi sekarang dah jarang..pagi g keje n balik rumah dah malam..so mase itu agak terhad walaupun sebenarnya rase lagi banyak mase yang senggang berbanding mase study dulu..ntahlah..hidup manusia yang kerdil macam inilah.. Klu ditanya setiap orang mesti inginkan impian masing2..tapi adakah impian itu akan menjadi kenyataan atau hanya sekadar impian sahaja..semua itu bergantung kepada diri masing2..kerna hanya mereka yang lebih kenal dan faham akan diri sendiri.. Begitu juga dengan aku...macam2 yang aku impikan..walaupun ada kalanya impian itu tak menjadi kenyataan atau belum tiba masanya..aku harus melaluinya dengan sebaik-baiknya..aku tak boleh mudah menyerah ataupun pasrah..mungkin belum takdirnya untuk diriku..jika diikutkan dengan apa yang aku lalui selama ini..kebanyakkan hidup aku ini adalah kebetulan...semua itu kebetulan..namun aku redha,mungkin ini semua adalah yang terbaik untuk aku..tapi....tipu klu aku kata takde perasaan kesal atau kecewa dalam hati ini..tapi aku kene kuat dan cuba untuk terima takdir aku sendiri.. Dan adakalanya ku rasakan seperti ade sesuatu yang hilang dalam diri ini..adakah aku semakin menjauh atau ape.....perasaan hiba atau terkilan sering muncul dalam sanubari ini...hanya satu ku pinta..agar diberikan kekuatan untuk menempuhi semua ini.. Kepada semua sahabat dan taulan...ampun maaf dipinta andai sepanjang kembara hidup ini ada terkhilaf ataupun sengaja..~Salam Ukhwah~

Saturday, April 14, 2012

Kehidupan final year student di final semester makin berat

Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan. Dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad S.A.W adalah pesuruh Allah. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk... Sedar tak sedar dah habis setengah semester aku berada di semester akhir..Terasa begitu pantas masa berlalu..Terasa begitu banyak masa yang dihabiskan..tak tahu kemana masa itu dihabiskan..sedihkan..huhuhu..Pelbagai situasi dan peristiwa yang terjadi, namun segalanya memberikan kenangan yang membantu untuk mematangkan diri...Walaupun kadang kala terasa diri ini tidak mampu untuk menghadapi situasi tersebut namun ku gagahkan diri demi untuk mencapai cita-cita dan impian ku suatu hari nanti..Insyaallah.. Semakin hari ku terasa sangat tertekan dengan kehidupan final year student..terasa beban yang amat sangat untuk ku tempuh..demi untuk mencapai cita-cita dan memenuhi harapan ibu bapa ku...ku gagahkan diri ini juga..Alhamdulillah ku berjaya menempuhinya sedikit demi sedikit.. Semakin menghampiri akhir semester..semakin bertambah tekanan diri ini...terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk menyiapkan final year projek yang sepatutnya sudah berada di fasa akhir...namun disebabkan masalah teknikal, ku terpaksa melakukan semula dan terpaksa duduk terperap di dalam makmal seorang diri sehingga lewat malam..Syukur kerana ada hikmah disebalik kejadian itu berlaku, ku terpaksa meminta pertolongan kepada pembantu lab daripada kos lain..dan ku berterima kasih kepadanya kerana banyak membantu aku untuk meneruskan projek aku...banyak lagi sebenarnya peristiwa yang terjadi sepanjang aku lakukan projek ini...Ini baru bercerita tentang projek final year, belum lagi aktiviti KUSISDARI yang terpaksa aku involve dan handle..dan belum cerita mengenai kerja part time aku..huhuhu... Hidup insan di muka bumi ini memang penuh dengan cabaran dan dugaan...hanya kekuatan jiwa,fizikal dan mental yang dapat membantu kita untuk mengharungi semua itu...^_^

Sunday, March 25, 2012

March YaNg MemBeRi BaNyAk MeMoRi

March yang dinantikan...perjalanan hidup yang memberi banyak seribu cerita dan kisah..Kisah sedih,gembira,duka dan segalanya..Pelbagai aktiviti dan cerita ynag berlaku sepanjang bulan march ini..Setiap kali tiba bulan ini, perasaan ada sedikit terasa..terasa kerana diri ini semakin berumur..genaplah umur aku yang ke 2# tahun..hehehe..tarikh ini bertembung dengan aktiviti persatuan aku..hari keluarga KUSISDARI..tak dinafikan,aku ade sedikit perasaan mengharap untuk dihargai dan berikan perhatian oleh mereka yang bermakna bagiku..Hari keluarga kali ini kami jalankan di taiping Perak untuk join hiking bukit larut..Seperti biasa, macam2 kerja kene lakukan sebelum event..memang penat,sebab terkejar sana - sini mencari barang dan aku bergerak awal ke Taiping daripada peserta semua..Hari keluarga kali ini bukanlah hari keluarga yang paling bermakna untuk kerana tidak sama dengan hari keluarga yang sebelum ini..jika selalunya aku enjoy dengan aktiviti ini, tapi kali ini aku banyak stress dan tertekan..tertekan dengan kerenah dan ragam manusia..Sabar je yang mampu... Brbalik kepada hari yang bermakna kepada aku, orang yang pertama mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran adalah insan yang istimewa bagi aku..ingatkan dia lupa sebab pukul 12 still tak wish lagi, mase tu rasa sedih memang ade..tapi semua tu hilang bile anje aku call..terharu sangat dan rasa diri ini dihargai.inilah kali pertama orang yang begitu dekat denganku wish aku..hehehe..sebab inilah kali pertama aku bercinta.hahaha..lama gak kiteorang berborak..sempat curi masa time ade aktiviti..tapi member2 yang rapat dah tau..so tak peliklah diaorang..hehehe..Habis aktiviti petang ahad tu, aku terus balik kampung..sempat gak curi mase tuk balik...rindu kat parent n nak celebrate ngan family..sempat mintakkan adik buatkan kek lagi..hehehe...sayang kat adik.. sebenarnya balik pun sebab dalam bulan nie jugak aku akan ke China,Xtiviti KUSISDARI yang seterusnya..so bulan march ini memang sangat padat bagi aku..macam2 aktiviti..walaupun aku stress dengan macam-macam masalah, tapi bile masalah tu selesai..aku dapat hikmah dia...memang betul pujangga menyatakan.."disebalik kesulitan ada hikmah dan kemanisannya"..

Saturday, February 18, 2012

~~SaNtAi bErSaMa FaMily~~

Assalamualaikum dan salam hujung minggu untuk semua.. Sementara ada peluang mase kerja nie..ape lagi..mengupdate bloglah.. almaklumlah..dah lama rasenye tak update..tak berpeluang..huhuhu ade mase free pun,mesti ade benda lain yang nak kene buat..
Awal bulan hari tu,sempatlah balik kampung walau dua hari jer..kali nie balik ade tujuan.. ape pun misi mesti dijalankan sebab benda nie dah lama plan tapi tak berpeluang.. Misi utama adalah g picnic ngan family semua..dah lama tak g jalan2 ngan family..dengan nie, dapatlah eratkan hubungan kekeluargaan..betul tak??hehe..kebetulan mase nie cuti umum sempena maulidur Rasul ngan thaipusam..so abang2 lain balik..tak lupa jugak dengan anak2 buah aku..kali nie aku tak balik sorang...aku balik ngan member sorang.. Walau baru je seminggu aku balik..aku rase rindu sgt..hehehe..tak lupa gak ngan my pets..my rabbit..hahaha.. siap sempat lagi rindu ngan arnab2 aku..so, macam biasa aku sampai malam..sampai kat rumah,semua dah riuh rendah.lagi2 anak buah aku..lepas salam,aku terus belasah anak buah aku..geram sangat kat dia..hahahaha..sebenarnya rindu kat diaorang.. plan kali nie g mandi sungai ngan air panas semulajadi kat Kuala Woh..kiteorang g petang...tapi pagi tu sempat gak masuk kebun..tak pasal2 member aku pun terpaksa masuk kebun..kesian kat dia sampai kene gigit pacat..hahaha..tapi dia sempoi.. best gak sekali-sekala konvoi ramai2..sampai je kat sana,parking je kete..tiba2 hujan..dalam hati nie..Tuhan jer yang tau..tapi syukur..tuhan tahu niat ini..hujan kejap jer,tak sampai 10 minit..happy sangat sebab plan akhirnya menjadi..aku happy sangat dapat luangkan masa dengan parent aku..ngan famiy aku..tak tergambar perasaan nie..macam2 ragam kiteorang kat situ...
Perjalanan kami sampai tengah malam..lepas mandi sungai..kiteorang jalan2 plak kat bandar..g jalan2 cari makan..lepas lapor berendam..ape lagi..kita makanlah plak...sempat gak snap pic kat dataran menara condong..happy sangat dengan telatah masing2...daripada yang bayi sampailah yang berumur..hahaha..balik kat rumah jer..semua cari port masing2...penat berjalan..kesian jer..tapi happy...InsyaAllah..lepas nie nak plan g bercuti plak..hehehe...:p