Thursday, June 13, 2013

~~~~MUNGKIN~~~~

Mungkin....suatu yang sering kali menjengah ke dalam kehidupan ini..beribu kemungkinan akan terjadi dan segala-galanya...diri ini hanya mampu untuk merancang tetapi segala ketentuan adalah daripada Yang Esa...Kita berusaha untuk mencari kebahagiaan diri sendiri dan kebahagiaan insan di sisi..namun seringkali ia tidak kesampaian..sehinggalah sampai suatu ketika mengambil keputusan untuk bersendiri..kerana apa..kerana takut insan di sisi akan lebih terseksa...tetapi langkah ini bukanlah penyelesai masalah...seolah-olah melarikan diri daripada masalah..itu juga tak dapat membantu... Beginilah kerdilnya diri ini..kadang kala menerpa soalan ini di dalam benak fikiran..mengapakah aku di uji sebegini??mengapa aku berada di jalan kehidupan seperti ini??mungkin ini semua adalah ketentuan dari Yang Maha Kuasa..kerana segala masalah dalam hidup ini membuatkan diri ini banyak mendiamkan diri..mungkinkah hati ini telah menjadi keras akibat memendam semua masalah ini...namun ku percaya..hanya kepadaNya sahaja aku mampu meluahkan segalanya..kepadaNYa aku mohon peertolongan...dalam ketika ini hati ku bercampur baur..tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata..Hanya Dia yang memahami jiwa ini...sesungguhnya hati ini..jiwa ini menagihkan simpati rahmat dan petunjuk dari Mu Tuhan..berikanlah daku kekuatan untuk mengharungi kehidupan ini..amin