Saturday, April 14, 2012

Kehidupan final year student di final semester makin berat

Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan. Dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad S.A.W adalah pesuruh Allah. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk... Sedar tak sedar dah habis setengah semester aku berada di semester akhir..Terasa begitu pantas masa berlalu..Terasa begitu banyak masa yang dihabiskan..tak tahu kemana masa itu dihabiskan..sedihkan..huhuhu..Pelbagai situasi dan peristiwa yang terjadi, namun segalanya memberikan kenangan yang membantu untuk mematangkan diri...Walaupun kadang kala terasa diri ini tidak mampu untuk menghadapi situasi tersebut namun ku gagahkan diri demi untuk mencapai cita-cita dan impian ku suatu hari nanti..Insyaallah.. Semakin hari ku terasa sangat tertekan dengan kehidupan final year student..terasa beban yang amat sangat untuk ku tempuh..demi untuk mencapai cita-cita dan memenuhi harapan ibu bapa ku...ku gagahkan diri ini juga..Alhamdulillah ku berjaya menempuhinya sedikit demi sedikit.. Semakin menghampiri akhir semester..semakin bertambah tekanan diri ini...terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk menyiapkan final year projek yang sepatutnya sudah berada di fasa akhir...namun disebabkan masalah teknikal, ku terpaksa melakukan semula dan terpaksa duduk terperap di dalam makmal seorang diri sehingga lewat malam..Syukur kerana ada hikmah disebalik kejadian itu berlaku, ku terpaksa meminta pertolongan kepada pembantu lab daripada kos lain..dan ku berterima kasih kepadanya kerana banyak membantu aku untuk meneruskan projek aku...banyak lagi sebenarnya peristiwa yang terjadi sepanjang aku lakukan projek ini...Ini baru bercerita tentang projek final year, belum lagi aktiviti KUSISDARI yang terpaksa aku involve dan handle..dan belum cerita mengenai kerja part time aku..huhuhu... Hidup insan di muka bumi ini memang penuh dengan cabaran dan dugaan...hanya kekuatan jiwa,fizikal dan mental yang dapat membantu kita untuk mengharungi semua itu...^_^