Sunday, January 29, 2012

CaBarAn HidUpKu~~~~

Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan. Dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad S.A.W adalah pesuruh Allah. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk...

Ketenangan...kebahagiaan..kedamaian..setiap insan impikan semua ini..namun sebagai seorang insan yang bergelar khalifah..sudah tentu kita akan sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan dan ranjau kehidupan...aku percaya yang semua ini mematangkan diri...namun..ada kalanya aku seakan tak berdaya untuk menempuh semua ini...

Dugaan datang tanpa henti sejak minggu study week lagi....sehinggalah aku balik ke rumah...semasa di rumah..aku terasa seolah-olah aku bukan balik ke rumah sendiri...tapi rumah orang lain..semuanya berbeza..sayu hati nie..tiada lagi keceriaan dalam rumah ini..ku rasakan lebih baik aku berada di luar berbanding di rumah..adakah rumah itu syurga bagi kita????fikiran aku terganggu..jiwa aku tertekan..sehingga ku rasakan tidak mampu untuk meneruskan hidup ini...begitu lemahnya diri ini..

Aku tak tahu bagaimana boleh terjadi..tapi dengan kehendakNya, ia tetap terjadi...tetapi aku berharap agar inilah kali terakhir ianya terjadi..moga keadaan ini tak bertambah kritikal.. Lemahnya aku sebagai ciptaanNya.. Aku harap ada hikmah disebalik apa yg terjadi..kerana hati ku kini sedang sakit, kecewa, sesak dan teruji dgn dugaan ini T_T



Allah itu Maha Berkuasa..Apabila Allah mengkehendaki sesuatu musibah berlaku ke atas hambaNya, maka dengan kuasaNya, tiada daya hambaNya utk mengelak musibah tersebut. walau perkara itu terang-terangan di depan mata, walau telah diawasi, ia tetap terjadi. maka ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini..

Wednesday, January 18, 2012

likU-LiKu HarIku


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
Hari nie hari last aku exam..bermakna tamatlah sudah semester ke-5 aku..gembirakah aku??perasaan ini masih lagi tidak tenang...tak tenang dengan segala ade yang dah terjadi..Sepanjang menempuh masa exam nie mcm2 berlaku..sedih..ketawa..menangis semuanya ade..ada kalanya aku hilang semangat atas ape yang terjadi..walau aku berusaha untuk berfikiran positif..namun aku gagal...akhirnya airmata ini jatuh jua..Ya Allah...hanya PadaMu aku mohon pertolongan..adakah ini ujian untukku atau balasan terhadap dosa2ku??berikanlah kekuatan untuk ku menempuhi semua ini..adakah aku mampu hidup tanpa insan yang aku sayang??adakah aku seorang yang kuat???adakah aku mampu mengharungi semua ini seorang diri??adakah aku cukup bersedia kehilangan insan yang aku sayang...Ya Allah...bantulah diriku..berikan daku segala kekuatan untuk meneruskan hidup ini..Amin Ya Rabb...

Sunday, January 15, 2012

SalAm pErPisAhaN


Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji… tiba masanya pasti kembali!

Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini? Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:
“Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan.”

Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.

Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita.

Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang… untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap… untuk bersabar.

Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi.

Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu dengan taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.

Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:
“Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya.”

Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh… Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.
Justeru, carilah apakah “kebijaksanaan” itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti. Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut… katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu.

Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Nikmat dunia akan kita lupakan sebaik sahaja melihat azab di akhirat. Dan azab di dunia akan kita lupakan setelah melihat nikmat di akhirat.

Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi ia satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.

Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya… syurga!

pAsRah


PASRAH

Tuhan,
Pada Mu aku pasrah
akur, alah dan menyerah
Seluruhnya sudah pudar
cintaku kian tercalar

Tuhan,
Senjaku semakin dekat
Di sumur dosa aku melarat
di hujung umur kupasti kembali
sedang hatiku tak suci lagi

Tuhan,
Langkahku entahkan mati
mendaki kasihMu nan tinggi
namun cintaku bukan palsu
walaupun sering terganggu

Tuhan,
kekadang terasa sayang-Mu
bersama kurnia hidayah
kekadang terasa murka-Mu
seiring patahnya mujahadah

Tuhan,
terlerai ribuan taubatku
terungkai semua janjiku
kataku sering mungkir
CintaMu sering terpinggir

Tuhan,
Aku masih setia
mengemis di jendela usia
terus mencari wajah diri
menadah keampunan Ilahi!

~Dipetik dari Nukilan Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Wednesday, January 11, 2012

Ibu....ayah...anakmu merinduimu...



Sesungguhnya anakmu ini amat merindui kalian..
semoga ibu dan ayah sentiasa di bawah lembayung rahmat yang Esa..amin..

Wednesday, January 4, 2012

Kasih dan sayang ku abadikan selamanya

Monday, January 2, 2012

Rindu...


rinduku umpama ombak dan pantai..
walau seringkali pantai beubah dan ombak berubah..
namun ia tidak dapat dipisahkan antaranya..
saling memerlukan dan saling merindu antara satu sama lain..

Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku