Saturday, September 17, 2011

Mari Bertaubat

Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan. Dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad S.A.W adalah pesuruh Allah. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.

Taubat adalah wasilah untuk kembali kepada Allah setelah melakukan segala macam maksiat, dosa dan noda kepadaNya. Selama kita hidup dibumi ini, entah berapa banyak dosa yang telah kita lakukan. Kita hidup tanpa mengetahui hakikat akan dosa yang bergelumang tanpa rasa penyesalan dan ketakutan. Maka dengan taubat, ia adalah sebaik-baik jalan untuk mendekatkan diri dengan Ar-Rahman bagi membebaskan diri daripada dosa yang telah kita lakukan.

Penyebab yang besar impaknya yang boleh membantu kita untuk bertaubat adalah perasaan untuk meninggalkan alam kehidupan ini. Kematian pasti tidak dapat dielakkan. Apabila kita berfikir tentang kematian, pasti akan teringat setiap apa yang dilakukan ketika hidup. Kebaikan dan keburukan, dosa dan pahala dan bermacam perkara bermain di minda. Allah s.w.t telah berfirman :

“Dan apakah kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?” (Surah Faathir:37)

Nabi Muhammad s.a.w pernah menyebut kepada ahli keluarga baginda, bapa saudara, ibu saudara dan anak perempuan baginda, bahawa tiada siapa yang dapat menolak bahaya yang datang kepada mereka dan tiada siapa yang dapat memberikan manfaat bagi mereka sekalipun yang melakukannya adalah baginda Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya hanya dengan bertaubat yang ikhlas kepada Allah akan menyelamatkan kita daripada seksa neraka dan segala macam dosa dan kemungkaran.

Pernah diriwayatkan bahawa suatu masa dahulu, ada seorang lelaki dari Bani Israil yang taat kepada Allah s.w.t selama 40 tahun, suatu tempoh yang sangat lama. Namun dia kemudian menderhaka kepada Allah selam 40 tahun pula. Suatu hari ketika melihat dirinya di cermin, dia melihat ada uban pada janggutnya seraya berkata “Ya Tuhanku, aku telah mentaatiMu selama 40 tahun dan kemudian aku derhaka kepadaMu selama 40 tahun, maka apakah Engkau akan menerimaku kembali Ya Allah?.” Maka dikatakan kepadanya : “Engkau telah taat kepada Tuhanmu, maka Dia menerimamu, dan ketika engkau derhaka, maka Dia memberi tangguh kepadamu dan jika engkau inginkembali kepadaNya, Dia tetap akan menerimamu.”

Hidup kita didunia hanya sekali. Jika kita mensia-siakan peluang hidup didunia ini maka kita telahpun rugi segala-galanya. Kita telah mensia-siakan kedua-dua dunia dan akhirat. Disebabkan itulah pintu taubat selalu terbuka untuk kita. Ia adalah suatu anugerah yang tidak ternilai dari Allah. Suatu jalan untuk mengampunkan segala dosa-dosa yang menggunung.

Maha suci Allah yang telah memberikan kemaafan meskipun kita terus menerus bersalah. Biarpun setiap hari dipenuhi dengan dosa dan maksiat, Dia tetap memaafkan. Nikmatnya tetap melimpah ruah kepada orang yang membuat maksiat kepadaNya. SifatNya yang Maha Agung lagi Maha Kaya tidak akan pernah mencegah pemberianNya kepada orang yang bersalah. Meskipun kita membuat maksiat, kita masih lagi diberikan nikmat untuk bernafas, mata kita masih boleh melihat, telinga yang masih mendengar dan segala nikmat yang mustahil dapat dikira dan dibilang. Fikirlah wahai saudaraku.

Ya Allah ya Tuhanku
Sesungguhnya para raja
Memerdekakan hamba-hamba mereka
Yang telah beruban
Dan memberikan pembebasan yang baik
Dan Engkau wahai Rabbku
Jelas lebih tinggi kemurahanMu dari itu
Kini kami telah beruban dalam menghambakan diri
Maka sudikanlah kiranya Engkau
Memerdekakan kami dari azab dan nerakaMu.

Amin ya Rabbal ‘alamin.

Wednesday, September 14, 2011

selamat tinggal my beloved place

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..Assalamualaikum Warahmatulla' Hiwabarokatuh dan ape kabar semua? Alhamdulillah. diberikan kesempatan oleh Allah, daku masih menikmati nikmat yang dipinjamkan sementara...nikmat dari Yang Maha Esa. Segala Puji hanya utk Allah. Alhamdulillah, syukur...

Perjalanan yang harus diteruskan memaksa diri kita untuk berubah dari satu tempat ke satu tempat..Di setiap persinggahan itu pasti ada sesuatu yang pasti menjadi kenangan dalam diri..itulah yang menjadikan diri semakin matang dalam mengutip butir-butir pengalaman demi kelangsungan hidup..

Selepas menghabiskan latihan praktikal..sempat buat diri ku meluangkan masa selama 2 minggu di rumah sebelum meneruskan pengajian..Walau cuti antara semester 4 bulan..bagiku hanya 2 minggu yang dapat ku manfaatkan sepenuhnya berada dirumah..Dan tempat yang tak asing bagi diriku adalah my beloved place..my room..hehehe..Banyak masa aku habiskan hanya di tempat ini..



Di antara keje yang aku lakukan adalah menggunakan segala gadget yang ade..hehehe..Gambar atas adalah sebahagian daripada gadget aku..Inilah bahan yang aku gunakan tuk hilangkan segala bosan..maklumlah..duk rumah sorang-sorang..tinggal ngan adik bongsu tapi dia busy ngan sekolah..member2 lain plak sibuk ngan hal masing-msing..ade yang cuti kejap dan ade yang balik kampus awal..hehehe..just depend my self tuk menggunakan masa yang berbaki..:p

Tuesday, September 13, 2011

Perjalanan telah pun bermula

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Assalamualaikum Warahmatulla' Hiwabarokatuh dan ape kabar semua? Alhamdulillah. diberikan kesempatan oleh Allah, daku masih menikmati nikmat yang dipinjamkan sementara...nikmat dari Yang Maha Esa. Segala Puji hanya utk Allah. Alhamdulillah, syukur...

Perjalanan kini telah bermula...Syukur sebelum pulang ke kampus, aku dan family sempat mengadakan kenduri doa selamat dan arwah..walau terasa sangatlah penat..namun ku gagahi semangat ini untuk meneruskan perjalanan ini..Kenduri doa selamat kali ini diadakan di rumah abang ngah sempena masuk rumah baru..walau jauh kat kl tu..fikir mestilah malas sebab hujung minggi dan kene balik penang..penat nak drive jauh2...

Selesai kenduri malam minggu, aku terus gerak balik rumah kat perak dulu sebelum balik penang ari ahad pagi..perjalanan yang jauh...huhuhuu..sebelum balik..sempatlah aku bermanja-manja dengan semua sedara mara..aku sempat dijamu dengan pulut kuning ngan yang paling best aku dapat kek kegemaran...kek coklat basah.thanks to my aunty..hehehe

Sampai kat rumah pukul 2 pagi..so ape lagi tunggu..katil dah memanggil..hehehe..Pagi ahad..bangun jer pagi yang kat fikiran aku nak kemas barang then kene gerak balik penang...tiba2 bile dah siap kemas n susun barang kat kete..rasa berat plak nak balik kampus..yelah berpisah ngan parent..nama jer cuti semester 4 bulan..tapi kat rumah just 2 minggu jer..apa pun perjalanan ini kene teruskan..hehe..:p

Hari ini dah 2 hari aku kat kampus..rasa macam student baru plak masuk usm nie..hehehe..first class dah ade lecture 2 jam..sabor jelah walaupun sebenarnya tgh blurrrrrrr..maklumlah dah 4 bulan tinggalkan study..hehe..ape pun aku kene kembalikan semangat nak study..takleh main2 dah..dah final year..so kene wat yang terbaik..betul tak??hehe

Last sekali..semoga diri ini dan sahabat semua dapat meneruskan perjalanan ini hingga ke akhirnya dengan jayanya...amin...;p

Wednesday, September 7, 2011

Menghitung hari-hari terakhir..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Assalamualaikum Warahmatulla' Hiwabarokatuh dan ape kabar semua? Alhamdulillah. diberikan kesempatan oleh Allah, daku masih menikmati nikmat yang dipinjamkan sementara...nikmat dari Yang Maha Esa. Segala Puji hanya utk Allah. Alhamdulillah, syukur...

Rasanya belum terlambat buat daku mengucapkan Selamat hari raya kepada semua sahabat..muslimin dan muslimat..Dikesempatan ini, daku ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepada semua diatas apa yang telah ku lakukan selamanya..Andai ada terkasar bahasa..terguris hati dan perasaan..terambil..termakan.. terminum dan segalanya..aku mohon kepada semua agar dapat memaafkan diriku ini..dalam sedar atau pun tidak..daku hanya insan kerdil yang tidak lepas dari melakukan kesilapan dan salah..

Menjelangnya syawal bukanlah sesuatu yang ku gembira buat diriku..setiap detik yang datang aku merindui insan yang telah lama menghadap Illahi..setiap kenangan membuatkanku sebak dan tidak bersemangat untuk melalui ape yang ade sekarang..setiap kali mereka menyebut peristiwa itu..aku hanya mampu menangis di dalam hati..apakan daya..ku tahu Tuhan lebih menyayangi mereka..sesungguhnya kenangan itu tak pernah terpadam dalam ingatan ku ini..Syawal kali ini hanya mampu ku lalui dengan hati yang duka..tiada seri lagi buat diriku..namun aku harus meneruskan perjalanan yang masih panjang berbekalkan sisa yang terbaki..

Minggu ini adalah minggu terakhir aku menghabiskan masa...sebelum kembali ke kampus..namun ku bagaikan tidak bersemangat..tidak tahu kenape...sering termenung..dan tak tentu arah..huhuhu..apa pun hidup ini terus dijalani..:P