Wednesday, October 19, 2011

I will never give up!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan. Dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad S.A.W adalah pesuruh Allah. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.

Hari ini genap sebulan aku meneruskan pengajian di Kampus ini...Sejak menjejakkan kaki untuk tahun ketiga ini..macam2 dugaan yang harus aku lalui..begitu banyak dugaan aku kene harungi..aku terasa begitu tertekan dengan hidup aku sebagai student final year..Barulah aku ketahui begitu besar dugaan untuk mencapai sesuatu..iaitu segulung ijazah...kita takde lagi masa untuk berborak atau berjalan seperti dulu..masa aku banyak aku habiskan berkurung di dalam makmal dan assignment..merasakan begitu berat bebab dlam kepala nie tuk aku tanggung...ade suatu masa aku rasakan bagai tak berdaya..nak nangis pun ade.ape pun aku akan cuba sehabis baik untuk teruskan perjuangan ini...bangun dan teruskan usaha!!!!!!!!!!!semua mende apa yang kita nak takkan mudah kita dapat tanpa usaha yang gigih....aku tak akan sekali berputus asa..don't easily give up bro!!!!!!!!!!!

Ya Allah..hambaMu ini memohon segala kekuatan dan petunjuk Mu agar aku bisa meneruskan hidup ini dengan hidayah dan petunjuk Mu....amin Ya Allah..

Saturday, September 17, 2011

Mari Bertaubat

Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan. Dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad S.A.W adalah pesuruh Allah. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.

Taubat adalah wasilah untuk kembali kepada Allah setelah melakukan segala macam maksiat, dosa dan noda kepadaNya. Selama kita hidup dibumi ini, entah berapa banyak dosa yang telah kita lakukan. Kita hidup tanpa mengetahui hakikat akan dosa yang bergelumang tanpa rasa penyesalan dan ketakutan. Maka dengan taubat, ia adalah sebaik-baik jalan untuk mendekatkan diri dengan Ar-Rahman bagi membebaskan diri daripada dosa yang telah kita lakukan.

Penyebab yang besar impaknya yang boleh membantu kita untuk bertaubat adalah perasaan untuk meninggalkan alam kehidupan ini. Kematian pasti tidak dapat dielakkan. Apabila kita berfikir tentang kematian, pasti akan teringat setiap apa yang dilakukan ketika hidup. Kebaikan dan keburukan, dosa dan pahala dan bermacam perkara bermain di minda. Allah s.w.t telah berfirman :

“Dan apakah kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?” (Surah Faathir:37)

Nabi Muhammad s.a.w pernah menyebut kepada ahli keluarga baginda, bapa saudara, ibu saudara dan anak perempuan baginda, bahawa tiada siapa yang dapat menolak bahaya yang datang kepada mereka dan tiada siapa yang dapat memberikan manfaat bagi mereka sekalipun yang melakukannya adalah baginda Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya hanya dengan bertaubat yang ikhlas kepada Allah akan menyelamatkan kita daripada seksa neraka dan segala macam dosa dan kemungkaran.

Pernah diriwayatkan bahawa suatu masa dahulu, ada seorang lelaki dari Bani Israil yang taat kepada Allah s.w.t selama 40 tahun, suatu tempoh yang sangat lama. Namun dia kemudian menderhaka kepada Allah selam 40 tahun pula. Suatu hari ketika melihat dirinya di cermin, dia melihat ada uban pada janggutnya seraya berkata “Ya Tuhanku, aku telah mentaatiMu selama 40 tahun dan kemudian aku derhaka kepadaMu selama 40 tahun, maka apakah Engkau akan menerimaku kembali Ya Allah?.” Maka dikatakan kepadanya : “Engkau telah taat kepada Tuhanmu, maka Dia menerimamu, dan ketika engkau derhaka, maka Dia memberi tangguh kepadamu dan jika engkau inginkembali kepadaNya, Dia tetap akan menerimamu.”

Hidup kita didunia hanya sekali. Jika kita mensia-siakan peluang hidup didunia ini maka kita telahpun rugi segala-galanya. Kita telah mensia-siakan kedua-dua dunia dan akhirat. Disebabkan itulah pintu taubat selalu terbuka untuk kita. Ia adalah suatu anugerah yang tidak ternilai dari Allah. Suatu jalan untuk mengampunkan segala dosa-dosa yang menggunung.

Maha suci Allah yang telah memberikan kemaafan meskipun kita terus menerus bersalah. Biarpun setiap hari dipenuhi dengan dosa dan maksiat, Dia tetap memaafkan. Nikmatnya tetap melimpah ruah kepada orang yang membuat maksiat kepadaNya. SifatNya yang Maha Agung lagi Maha Kaya tidak akan pernah mencegah pemberianNya kepada orang yang bersalah. Meskipun kita membuat maksiat, kita masih lagi diberikan nikmat untuk bernafas, mata kita masih boleh melihat, telinga yang masih mendengar dan segala nikmat yang mustahil dapat dikira dan dibilang. Fikirlah wahai saudaraku.

Ya Allah ya Tuhanku
Sesungguhnya para raja
Memerdekakan hamba-hamba mereka
Yang telah beruban
Dan memberikan pembebasan yang baik
Dan Engkau wahai Rabbku
Jelas lebih tinggi kemurahanMu dari itu
Kini kami telah beruban dalam menghambakan diri
Maka sudikanlah kiranya Engkau
Memerdekakan kami dari azab dan nerakaMu.

Amin ya Rabbal ‘alamin.

Wednesday, September 14, 2011

selamat tinggal my beloved place

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..Assalamualaikum Warahmatulla' Hiwabarokatuh dan ape kabar semua? Alhamdulillah. diberikan kesempatan oleh Allah, daku masih menikmati nikmat yang dipinjamkan sementara...nikmat dari Yang Maha Esa. Segala Puji hanya utk Allah. Alhamdulillah, syukur...

Perjalanan yang harus diteruskan memaksa diri kita untuk berubah dari satu tempat ke satu tempat..Di setiap persinggahan itu pasti ada sesuatu yang pasti menjadi kenangan dalam diri..itulah yang menjadikan diri semakin matang dalam mengutip butir-butir pengalaman demi kelangsungan hidup..

Selepas menghabiskan latihan praktikal..sempat buat diri ku meluangkan masa selama 2 minggu di rumah sebelum meneruskan pengajian..Walau cuti antara semester 4 bulan..bagiku hanya 2 minggu yang dapat ku manfaatkan sepenuhnya berada dirumah..Dan tempat yang tak asing bagi diriku adalah my beloved place..my room..hehehe..Banyak masa aku habiskan hanya di tempat ini..



Di antara keje yang aku lakukan adalah menggunakan segala gadget yang ade..hehehe..Gambar atas adalah sebahagian daripada gadget aku..Inilah bahan yang aku gunakan tuk hilangkan segala bosan..maklumlah..duk rumah sorang-sorang..tinggal ngan adik bongsu tapi dia busy ngan sekolah..member2 lain plak sibuk ngan hal masing-msing..ade yang cuti kejap dan ade yang balik kampus awal..hehehe..just depend my self tuk menggunakan masa yang berbaki..:p

Tuesday, September 13, 2011

Perjalanan telah pun bermula

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Assalamualaikum Warahmatulla' Hiwabarokatuh dan ape kabar semua? Alhamdulillah. diberikan kesempatan oleh Allah, daku masih menikmati nikmat yang dipinjamkan sementara...nikmat dari Yang Maha Esa. Segala Puji hanya utk Allah. Alhamdulillah, syukur...

Perjalanan kini telah bermula...Syukur sebelum pulang ke kampus, aku dan family sempat mengadakan kenduri doa selamat dan arwah..walau terasa sangatlah penat..namun ku gagahi semangat ini untuk meneruskan perjalanan ini..Kenduri doa selamat kali ini diadakan di rumah abang ngah sempena masuk rumah baru..walau jauh kat kl tu..fikir mestilah malas sebab hujung minggi dan kene balik penang..penat nak drive jauh2...

Selesai kenduri malam minggu, aku terus gerak balik rumah kat perak dulu sebelum balik penang ari ahad pagi..perjalanan yang jauh...huhuhuu..sebelum balik..sempatlah aku bermanja-manja dengan semua sedara mara..aku sempat dijamu dengan pulut kuning ngan yang paling best aku dapat kek kegemaran...kek coklat basah.thanks to my aunty..hehehe

Sampai kat rumah pukul 2 pagi..so ape lagi tunggu..katil dah memanggil..hehehe..Pagi ahad..bangun jer pagi yang kat fikiran aku nak kemas barang then kene gerak balik penang...tiba2 bile dah siap kemas n susun barang kat kete..rasa berat plak nak balik kampus..yelah berpisah ngan parent..nama jer cuti semester 4 bulan..tapi kat rumah just 2 minggu jer..apa pun perjalanan ini kene teruskan..hehe..:p

Hari ini dah 2 hari aku kat kampus..rasa macam student baru plak masuk usm nie..hehehe..first class dah ade lecture 2 jam..sabor jelah walaupun sebenarnya tgh blurrrrrrr..maklumlah dah 4 bulan tinggalkan study..hehe..ape pun aku kene kembalikan semangat nak study..takleh main2 dah..dah final year..so kene wat yang terbaik..betul tak??hehe

Last sekali..semoga diri ini dan sahabat semua dapat meneruskan perjalanan ini hingga ke akhirnya dengan jayanya...amin...;p

Wednesday, September 7, 2011

Menghitung hari-hari terakhir..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Assalamualaikum Warahmatulla' Hiwabarokatuh dan ape kabar semua? Alhamdulillah. diberikan kesempatan oleh Allah, daku masih menikmati nikmat yang dipinjamkan sementara...nikmat dari Yang Maha Esa. Segala Puji hanya utk Allah. Alhamdulillah, syukur...

Rasanya belum terlambat buat daku mengucapkan Selamat hari raya kepada semua sahabat..muslimin dan muslimat..Dikesempatan ini, daku ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepada semua diatas apa yang telah ku lakukan selamanya..Andai ada terkasar bahasa..terguris hati dan perasaan..terambil..termakan.. terminum dan segalanya..aku mohon kepada semua agar dapat memaafkan diriku ini..dalam sedar atau pun tidak..daku hanya insan kerdil yang tidak lepas dari melakukan kesilapan dan salah..

Menjelangnya syawal bukanlah sesuatu yang ku gembira buat diriku..setiap detik yang datang aku merindui insan yang telah lama menghadap Illahi..setiap kenangan membuatkanku sebak dan tidak bersemangat untuk melalui ape yang ade sekarang..setiap kali mereka menyebut peristiwa itu..aku hanya mampu menangis di dalam hati..apakan daya..ku tahu Tuhan lebih menyayangi mereka..sesungguhnya kenangan itu tak pernah terpadam dalam ingatan ku ini..Syawal kali ini hanya mampu ku lalui dengan hati yang duka..tiada seri lagi buat diriku..namun aku harus meneruskan perjalanan yang masih panjang berbekalkan sisa yang terbaki..

Minggu ini adalah minggu terakhir aku menghabiskan masa...sebelum kembali ke kampus..namun ku bagaikan tidak bersemangat..tidak tahu kenape...sering termenung..dan tak tentu arah..huhuhu..apa pun hidup ini terus dijalani..:P

Tuesday, August 23, 2011

'Aku jatuh cinta'

CINTA..
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUi-Mu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGan-Mu..
Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!

Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihat-Mu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!

Cinta..
Menyebut nama-Mu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janji-Mu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
AKu mati kerana cinta itu!

Cukup bagiku cinta-Mu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..

Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..
Aku cinta pada-Mu..
Aku cinta pada takdir-Mu..
Aku cinta pada jalan-Mu..

Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buat-Mu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingati-Mu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman pada-Mu..

Tuesday, June 7, 2011

hari-hari berlalu~~

salam ukhwah semua...
berkurun tak bertandang kat blog nie..
ape dah jadi pun tak tau..
nie pun klu bukan sebab bosan.maybe tak tgk blog nie..huhuhu
itulah...sekarang tengah praktikal..walau cuti semester yang lama..
aku kene keje...jom keje ramai2..hehehe...
dalam cuti nie mcm2 event ade...pahit..kelat..payau..semua ade..hehe
ape pun tu semua menjadikan diri nie semakin matang...
matang ker???hehehe....

Sunday, March 20, 2011

Hari-hari yang berlalu~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat dan teman..
Dah bagaikan rumah tinggal jer blog nie...
lama kot tak update...
nak kata terlalu sibuk..adelah sikit2..
nak kata dah bosan ngan blog..entah..
nak kata malas..adelah jugak..
entahlah...hehehe..

Tapi sejak hujung bulan 2 sampai pertengahan bulan 3 memang busy..
busy ngan macam-macam mende..
program kembara motivasi..
kem 3b kelana siswa..
dengan macam-macam assignment n 2 thesis..
ditambah kene buat report program..
hidup macam huru-hara..
tak tenang selagi semua tu tak selesai lagi..

Exam tak sampai sebulan jer lagi..
tapi......
macam takde study ape2 lagi pun...
apalah nak jadi ngan diri nie?????
adakah aku dah terpesong jauh ngan matlamat aku??
adakah aku dah lupa impian orang yang tersayang??
aku pun keliru...
walau sering kali semangat itu datang..
namun untuk melaksanakan agak sukar..
aku hanya insan biasa..
tak dapat lari daripada kesilapan dan kelemahan..
Ya Allah..hanya kepadaMu sahaja aku berharap..
memohon petunjuk serta kekuatan untuk terus melangkah..

InsyaAllah..
akan aku teruskan perjuangan ini hingga keakhirnya..
Demi untuk yang tersayang dan untuk diriku...
Tuhan..berikanlah rahmat dan kasih sayangMu dalam melayari kehidupan ini..Aminn...:-)

Monday, February 21, 2011

Free time--jalan2 cari pasal..huhu

assalamualaikum semua...
sempat plak menjenguk blog nie lepas siapkan lab report..hehehe..
nie citer sepanjang minggu lepas..time free..so aku melapangkan diri ngan roomate termasuk kawan untuk meronda mencari makanan..kuat makan gak aku nie...antaranyer..g makan burger..laksa janggus,abc..dan seangkatannya..antara foto yang sempat snap..hehe


nielah burger ask me kat area bayan baru..dekat2 ngan giant bayan lepas..memang puas makan...


ini plak abc dekat sebelah gerai burger plak..memang sedap..lagi pun dah lama tak makan abc..hehehe



ini plak laksa janggus area balik pulau...errmmm..sebenarnya dah lama nak makan laksa..baru nie dapat makan..ape pun memang sedap..habis kuah kene hirup...hehehee







ini plak kat atas bukit..on the way nak balik balik pulau ade port macam hentian rehat..kebetulan..kiteorang gerak balik pun dah petang...so ape lagi..my favoriate untuk menikmati suasana matahari terbenam..selalunye klu balik kampung barulah aku suka tgk suasana macam nie..tapi kat tepi laut..hehe..suasana yang menenangkan fikiran...:p

Friday, February 18, 2011

heart attack #%^%&@!@

hai semua...hari ini selesai test equipment design for treatment water...
selesai jer menjawab..terus balik hostel..lagi pun hari ini jumaat..kelas sampai pukul 12 jer...lepas solat jumaat,aku menuju ke cafe untuk beli buah sebab cuaca agak panas..terserempak ngan ex-classmate..just tegur and bual2 kosong...ternampak dia pegang sijil..then perasaan nak tau..so aku tanyalah sijil ape..rupa2nyer sijil dean..wahhh..terkejut giler aku tgk..pointer 4.0...plat giler2..huhuhu..agak2lah..macam manelah dia nie study???aku kene heart attack...hahaha..boleh giler aku fikir mcm mane dia study...huhuhu..ape pun aku jugak boleh mencapai tahap itu..ape yang penting kita usaha n tawakkal..hehe..don't easily to give up..selagi ada peluang,selagi itu kita cuba capai..teruskan berlari ke puncak tinggi dan gapai impian yang diidamkan...:P

Wednesday, February 16, 2011

cuti: jalan-jalan cari makan-@~#$%^@

15hb 2 2011..Cuti umum sempena maulidur Rasul...
geng kusis plan g serbu rumah ydp tuk mencekik durian..haha
satu idea yang bagus..lagi pun dah lama tak makan durian..hehehe
dengan sepantas kilat aku mengatakan aku setuju join..
lagipun takde ape nak buat..so kiteorang berkumpul pukul 9 sebelum bertolak ke batu kurau..orang kata durian batu kurau sedap..hehe..memang tak silaplah..sebab ydpnyer rumah memang kat situ n family dia ade dusun dorian.untung2..hehehe
kitaorang sampai kat rumah beliau dalam pkl 1...bukak jer pintu kereta..
apa lagi...bau dorian menerjah masuk hidung..wah..tak sabarnyer...
masuk jer rumah...semua dah siap...ade bubur durian,pulut,buah durian siap kupas,dan macam2 lagi..hehehe..suka sangat2..memang tak lepas peluang...makan sepuasnya..
wah..memang nikmat...lepas rehat.gerak balik dalam pkl 3 n sampai kat usm pkl 4.45..

pkl 5:bersiap untuk g dinner plak..makan steambot kat seoul garden..plaza gurney...
kali nie ngan geng environment tech plak..huhuhu..memang nikmat giler...boleh makan sepuas2nyer..nak makan ape semua ade..pilih jer mane nak makan...kiteorang stay kat sane sampai pukul 9 setengah..sampai kembung perut makan macam2...seafood,nasi, abc,aiskrim,n macam lagi..nikmat makan yang puas..hehehe..
InsyaAllah klu ade peluang kiteorang nak g makan tempat lain plak yg best2..hehehe:)

Monday, February 14, 2011

perasaan yang bercelaru..

assalamualaikum..
hari ini perasaan dan fikiranku bercelaru..
walaupun aku nie lelaki..namun aku juga ada hati dan perasaan..
lagi2..melibatkan ahli keluargaku sendiri..

mengapa adanya manusia yang ingin menghancurkan kebahagia orang lain??sedangkan mereka tidak mensyukuri nikmat dan apa yang mereka sedia ada..mengapa hendak porak-perandakan rumahtangga orang lain???aku tak boleh terima kenyataan andainya ianya benar2 terjadi..apa nasib yang akan menimpa anak-anak buah aku??..mengapa adanya perempuan yang bersikap macam ini???takkan takde perasaan langsung??sanggup menagih simpati orang lain untuk mendapatkan kasih sayang kononnyer...takde rasa berdosa ker??kucar-kacirkan hidup orang lain...dikurniakan akal fikiran dan hati namun tak menggunakan dengan sebaiknya..sebaliknya menggunakan kejalan yang salah..kalau macam tu lebih baik jadi binatang atau lebih baik jadi syaitan jer...tak payah nak berselindung lagi...
sorry semua..memang hari ini..aku bengang sangat dan geram...bagi yang lain..tolonglah hormati hak orangg lain..jangan sampai bila dah kene batang hidung sendiri baru nak sedar..klu tak pun..dah nazak baru nak sedar..tak lambat..ape pun aku hanya mampu berdoa semoga kabahagiaan rumahtangga abang dan kakakku berkekalan..dan dijauhkan dari perkara buruk berlaku..amin..:p

Saturday, February 12, 2011

hari ke-3..bowling dalam kamus hidupku..

Hai semua...ermmm..dah hari ke-3 aku bermain bowling...
memang menghiburkan da menyeronokkan...namun..
adakah aku berada dijalan yang betul??
adakah aku mulai menyimpang dari niat asal??
huhuhu..aku pun berapa pasti...

InsyaAllah aku akan mencuba untuk mengimbangi semula jadual hidupku...
study dan mencapai kejayaan adalah impian ku...:p

Friday, February 11, 2011

bowling...secara automatik minat ku..~_~

Hai semua........
klu dulu my favorite games adalah badminton...
namun dah hampir setahun aku tak main game tu..
maybe kini dah beralih arah..hehehe

Sejak nak buat tournament bowling..
aku mula berjinak-jinak...
ingat nak belajar main jer..
memang pernah main sebelum nie...
tapi taklah serius..hehehe

so dengan semangat nak belajar..
aku n the kusis geng menyerbu pusat bowling sun shine..
memang agak gempak gak tempaat dia..hehe
biasalah tempat baru bukak..

seperti biasa..score aku sederhana jer..
tu belum panas lagi..hehe
tapi bila dah dapat tune dia..
nah...akulah yang paling banyak score..hehe
masuk nie..dah 2 hari berturut-turut aku main..
dan hasilnya..aku berjaya menggondol semua hadiah..hahaha..

aku pun tak tau macam mane aku boleh hebat.. triple strike tu..
hebat giler...chewwah..perasan jap..
maybe tercabar kot main sebelah budak-budak sukma..
sampai member tanya..apasal ko hebat sangat..
hehehe..selamber jer aku cakap..
dulu aku suka baling buah kelapa.hahaha

and kesimpulannya..aku dah menyukai sukan bowling..
walaupun orang kata games nie tuk orang kaya jer..hehehe:p

Wednesday, February 9, 2011

Hari-hari ku ~_~

Salam sejahtera semua..
Cuti pertengahan semester hanyalah sebentar
walau dapat balik dan cuti 5 hari,namun ku redha dengan keadaaan itu..

Kadang ada gembira dan kadang ada sedih..
kadang ada gagal dan kadang ada cemerlang..
kadang ada atas dan kadang ada di bawah..
begitu sempurnanya perasaan yang dianugerahkan untuk saling melengkapi..
hidup seorang insan dimuka bumi ciptaanNya..:)

but the most important is don't easily give up with our life!!!!!!!!
because if we easily give up when face a problem..means our life is useless..
nothing you can learn from this life..
and other thing our must do is.....Pray and Tawakkal to our CREATOR..that ALLAH S.W.T

Sunday, February 6, 2011

Trip Penang to Hong Kong

kembara mengutip butir2 hidup-Trip to Hong Kong










Sunday, January 30, 2011

menjengah sebentar

hai semua...lama betul tak mengupdate blog nie..dah macam2 bende..tak kira sawang..labah2 pun dah ada..hahaha..nampak sangat aku nie dah lebih dari seorang yb..huhuhu...semakin lama semakin bz ngan program..but proggram yang paling dan menarik trip to Hong Kong...memang macam honeymoon..hahaha..kat sinilah aku mereleasekan tension n stress sebab program sebelum nie terpaksa batal..huhuhu..so nanti gambar2 kat hong kong akan diupload...hehehe..minggu nie start cuti mid sem...esok aku akan balik rumah..hehehe:-)