Monday, December 13, 2010

perjalanan cuti semester

Cuti semester dah 2 minggu berlalu...banyak mende yang berlaku dalam waktu yang singkat nie..selepas merangkap orang kanan ayah aku...agak sibuk aku dibuatnya..kejap jadi pekebun..jap jadi nelayan..dah macam2 kerja aku buat..Bila difikirkan..best jugak walau pun kadang tu memang penat sangat..masa inilah aku nak bersama parent aku..mengingatkan aku masa kecik2 dulu..kitaorang selalu pergi mana2 tak kisahlah..kebun ker..sungai ker..semuanya aku join..memang best..lagi2 klu dapat hasil yang agak lumayan..naik jemu gak aku makan seafood..hahaha..tapi..aku rindu gak ngan kawan2 kampung aku...semua dah keluar dari kampung cari haluan masing2..so aku lepak ler sorang2 kat rumah nie..klu aku bosan..aku g lepak tepi laut sorang2..huhuhu..nasib badan..minggu depan aku kene g ipoh tuk meeting ngan pihak yayasan bina upaya tuk program aku yang seterusnya..minggu seterusnya ke tapah tuk meeting ngan tengok tempat program..letihnyer...napelah tak nak buat sekali jer..susah gak nak handle event yang luar kampus nie..ape pun itu satu pengalaman..betul tak??hehehehe..oklah..aku chow dulu..babye..:-)

Tuesday, December 7, 2010

kegembiraan bertukar kesedihan

syukur ku masih lagi bernyawa sehingga ke hari ini..
semalam aku bersama ayah dan ibu bersama-sama meluangkan masa untuk membersihkan dan mengutip hasil di kebun ayah..selesai mengutip hasil ,waktu menunjukkan sudah tengahari..selesai semua sawit dihantar ke tempat pengumpulan..kami menemani ayah menjala udang..ayah menebar jala mencari udang galah..manakala aku dengan ibu hanya memerhatikan ayah sambil berborak-borak..gembira rasenya sebab dah lama tak berpeluang macam ini..ayah kelihatan seronok sebab mendapat hasil tangkapan manakala aku lihat ibu keletihan..iyalah dah berapa hari ibu melayani kerenah abang2 yang bercuti..tak dinafikan perut ini menjerit minta diisi..namun hilang selepas melihat hasil yang ayah dapat..Selesai ayah menjala..kami bergerak balik..iyalah dah pukul 3 petang..sambil memandu aku berborak dengan ayah..suka aku dapat meluangkan masa dengan ibu ayah aku..

namun semua itu seketika..sampai di suatu selekoh..tiba-tiba kereta dihadapan keretaku menekan break secara mengejut..aku turut sama menekan break sepenuhnya..namun sejauh mana aku mengelak jika takdir telah menentukan,aku tetap melanggar kereta hadapan..hanya yang aku mampu menyebut nama Allah..inilah kali pertama kau mengalami kemalangan sedemikian rupa..hadapan keretaku remuk teruk..semuanya pecah..aku menggeletar agak ketakutan..risau akan ayah dan ibu ku..syukur sangat2 kerana ibu dan ayah ku selamat....memang sedih melihat keadaan kereta..namun aku amat bersyukur...yang penting nyawa ibu dan ayah ku selamat..

sesungguhnya harta benda itu boleh dicari ganti..namun nyawa insan yang ku sayang lebih berharga..syukur...

Saturday, December 4, 2010

cuti-cuti suka hati...

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
alhamdulillah..peperiksaan telah tamat dengan jayanya..syukur..aku dapat menempuhi dengan tenang..
so masa untuk aku berehat untuk rehatkan minda...dengan niat nak tambah berat badan..hehehehe
tap tup tap..kejap jer rasanyer dah seminggu kat rumah..hehehehe
cuti memang best tuk aku kali ini...sebab tak yah pening2 kepala tuk keje..huhuhu
so aku tengah tunggu tuk masuk ke semester yangg seterusnya..jumpa lagi di sem depan..babye..

Tuesday, November 23, 2010

keadaan yang tidak diduga

salam aidiladha buat semua sahabat..semoga tak terlambat untuk mengucapkannya..
Dalam sibuk study semasa minggu exam ini..umat islam menyambut kedatangan aidiladha..begitu juga aku..syukur 2 paper sebelum raya aku berjaya harungi dengan selamat dan jayanya..selepas habis kertas statistik petang selasa..aku terus balik ke bilik untuk berkemas..almaklumlah nak balik kg tuk raya korban..aku kene korbankan mase study tuk family tercinta..disebalik kegembiraan pulang beraya..macam2 hal terjadi..antara yang menyedihkan aku ialah kamera digital pemberian ibu bapaku hilang..aku tak tau mcm mane boleh hilang..pelik..sedangkan aku tak buka beg laptop pun semasa kat rumah..aku sedar setelah aku balik semula ke kampus hari jumaat...
ape lagi gelabahlah aku mencari seluruh bilik..dan menyuruh adik aku cari seluruh rumah..tapi tak jumpa gak.akhirnya...mak ayah aku dapat tau..ape lagi..naik anginlah mereka...dah takdir..sedih sangat sampai aku takde mood sampai ahad semalam..benda yang aku tak minta dan tak di duga terjadi..akhirnya aku pasrah kehadrat Illahi..mungkin bukan rezeki aku..menyedapkan hati sendiri sebab ade 3 paper lagi tuk aku habiskan..namun setiap kali mesti aku teringat akan kamera aku tu..dan aku tak berani nak call my parent..huhuhuhu..akhirnya semalam sebelum aku meneruskan tuk paper ke-4 aku..my dad call ngan bagitau jangan difikir sangat benda dah berlaku..mula2 aku takut nak jawab..takut kena marah..syukur..akhirnya my parent terima kejadian ini..mungkin..my mom jer kot yang akan still bising..takut gak nak balik kg selepas exam nanti..huhuhu..ape pun kini aku pasrah segalanya kepada Yang Maha Esa..:-)

Monday, November 15, 2010

perjalanan minggu exam


Alhamdulillah...segala puji untuk Tuhan pencipta alam semesta..
syukur..untuk first paper exam aku berjalan lancar..
hatiku berasa tenang dan tenteram
aku dapat menjawab dan menjalani peperiksaan dengan jayanya..
Ya Allah..kekalkanlah petunjuk dan hidayah untuk diriku..
bantulah untuk aku menghadapi peperiksaan ini..
permudahkanlah untuk aku mengecapi kejayaanMu..
Semoga aku dapat mencapai kejayaan yang cemerlang untuk semester ini..amin..

Wednesday, November 10, 2010

mimpi yang indah-mestica

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihmu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan

Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang
Bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
Pasti berganti kebahagiaan

Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah kau cuba untuk mengerti

Telah pun ku dengar kisahku ini
Pernahkah kau cuba untuk mengerti

selangkah ke alam perjuangan..bermakna..


Orang ada kata "selangkah ke alam perjuangan akan selamanya pahit"..pahit dengan onak duri..jatuh bangunnya dalam mengejar impian dan cita-cita..namun itu semua adalah ujian dan dugaan hidup manusia..takkan senang jika mahukan kesenangan dan tak susah andai kita mahukan kesusahan..dalam menyusuri perjalanan perjuangan menggapai cita-cita..diri ini tak dapat lari dari kepayahan dan kesulitan..ada kalanya hati ini seperti tidak mampu untuk mengharungi..namun ku pasrah segalanya kepadaNya mohon petunjuk untuk diberikan kekuatan..Syukur..akhirnya aku mampu bertahan juga..memang pedih dan pahit mengharungi semua itu..namun setelah selesai segala kepahitan itu..begitu manisnya kesenangan atau kenikmatan yang kita dapat rasa..kini kurasakan ketenangan itu benar2 hadir didalam jiwa ini..tinggal berapa jam sahaja lagi aku akan memasuki medan pertempuran yang sengit..berbekalkan ilmu dan segala kekuatan..aku pasrah dan tawakal kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan ku untuk menggapai kejayaaan..Ya Allah..kurniakanlah daku kekuatan dan permudahkanlah jalan untuk aku menggapai kejayaan yang abadi..di dunia mahupun akhirat..kepada sahabat semua selamat berjuang..semoga kejayaan akan menjadi milik kita di akhirnya..amin..

Saturday, October 23, 2010

Hikmah di sebalik ujian

KITA sering mengkhayalkan alangkah untungnya jika kehidupan di dunia selalunya mudah. Segala keinginan kita tersedia tanpa sebarang rintangan atau perlu untuk bersusah payah. Namun suatu hakikat yang diterima semua manusia ialah kehidupan ini penuh dengan segala rintangan dan cabaran. Kesenangan dan kesusahan datang silih berganti.

Bahkan Allah menyatakan dalam al-Quran, kehidupan ini akan silih berganti antara kesenangan dan kesusahan. Firman Allah dalam surah Alam Nasyrah ayat 6 yang bermaksud: "Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."

Tidak ada jalan mudah bagi manusia. Sebagai makhluk lemah, manusia terpaksa mengharungi semua rintangan untuk mencapai sesuatu matlamat atau untuk meneruskan kehidupan. Lebih-lebih lagi kita sebagai manusia biasa sememangnya terpaksa bergantung dan berhajat kepada orang lain dalam memenuhi keperluan kehidupan di dunia ini.

Sebenarnya segala masalah dan rintangan ini mengandungi suatu hikmah yang amat besar manfaatnya kepada manusia. Ia menyedarkan betapa kita adalah hamba Allah yang sentiasa bergantung harap kepada-Nya dan berkeadaan serba kekurangan dan kelemahan. Kita tidak dikurniakan segala macam kesempurnaan oleh Allah dalam mengharungi hidup ini. Bahkan kita perlu menempuhnya dengan pelbagai ujian. Dengan segala masalah, tekanan dan ujian ini manusia menyedari ia hanya seorang hamba yang hina di sisi Tuhan Yang Maha Kaya. Firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 2 yang bermaksud: "Tuhan yang mencipta kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang paling baik amalannya. Dan Dia Maha Mulia dan Maha Pengampun."

Kehidupan dan kematian adalah juga suatu ujian yang Allah tetapkan.Ujian yang kita harungi bukanlah sebagai suatu yang sia-sia. Ia adalah satu proses peningkatan darjat dan kedudukan kita yang lebih tinggi di sisi Allah. Kesabaran, kecekalan dan tawakal dalam menghadapi segala macam pancaroba kehidupan menjadikan seseorang itu beroleh pahala yang banyak dan berganda berbanding orang lain yang tidak diuji dengan ujian dan cabaran itu. Akhirnya ia akan bertambah hampir kepada Allah disebabkan pahalanya itu dan kerana banyak berhubung dengan-Nya melalui doa daripada tawakal. Atas sebab itulah darjat mereka yang diuji dengan masalah dan rintangan lebih tinggi dan mulia di sisi Allah. Sehinggalah ke satu tahap ia benar-benar diterima sebagai manusia yang mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.

Oleh itu, seharusnya kita bersyukur di sebalik menerima segala permasalahan kerana ia mengandungi hikmah dan rahmat iaitu menyedarkan kita siapa diri kita dan juga mengingatkan bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang perlu kita tunaikan kepada Allah.

Apabila kita menyedari dan menghayati hakikat ini nescaya kita akan kembali kepada Allah setiap kali menghadapi masalah. Dengan cara ini masalah yang kita hadapi akan menjadi ringan. Ini kerana masalah yang mendatang itu tidak lagi dirasakan sebagai beban bahkan dianggap sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah, peluang memperbaiki kesilapan dan medan meningkatkan kedudukan kita di sisi Allah.

Janganlah jadikan diri kita putus asa dengan hidup ini dan putus harap dengan rahmat Allah. Orang yang tidak kembali kepada Allah akan mencari cara penyelesaian yang lain untuk menyelesaikan. Iaitu penyelesaian yang bukan saja bercanggah dengan tuntutan agama bahkan menyalahi fikiran yang waras. Manusia yang tidak menjadikan agama sebagai cara hidup, akan bergantung kepada akal semata-mata dalam menyelesaikan segala permasalahan dan kesulitan yang dihadapi di dunia ini. Kebingungan, tekanan perasaan, kecelaruan pemikiran dan sebagainya yang biasanya menimpa mereka yang ditimpa masalah akan menjadikan mereka mengambil keputusan penyelesaian yang kurang bijak, terburu-buru dan mengikut perasaan. Sebab itulah ada kalangan mereka yang mengambil jalan pintas dengan menelan pil tidur, menggantung diri, menggunakan dadah dan sebagainya yang jauh daripada lunas-lunas agama dan etika moral.

Orang yang beriman pula akan kembali kepada Allah dengan berdoa, membetulkan kesilapan, memohon rahmat, bertawakal dan seterusnya menyerahkan keputusan untung nasibnya kepada Allah. Mereka juga menyedari bahawa segala masalah yang menimpa adalah tanda kasihnya Allah kepadanya iaitu masalah itu menjadi penyebab kepadanya mendekatkan diri kepada Allah daripada kelalaian dan keterlanjuran.

Dengan itu, ia berkesempatan memperbetulkan kesilapan dan keterlanjuran itu sebelum ajal dengan pintu rahmat dan pintu keampunan sudah tertutup. Itulah hikmah dan rahmat di sebalik segala masalah dan kesulitan yang sering manusia lupa.

Wednesday, October 13, 2010

aidilfitri 2010





antara sebahagian caraku menyambut kehadiran syawal 2010 bersama sahabatku..

keluh kisah hidup student

a'skum kepada anda semua..sahabatku..maaf sejuta kemaafan dipohon daripadaku andai anda merasakan aku telah lupa akan anda..lihatlah berapa lama aku tak update blog ini..dah bersawang dengan dunia labah2 kot..hahaha...ini bermakna hidupku sekarang makin bertambah rumit..semakin dekat dengan hujung semester semakin tension..stress..bengang dan segala2nya..hanya Allah sahaja yang tahu..sampaikan aku terlupa untuk menghubungi parent aku..aku rindu kat mereka..my parent,friends and my good life..huhuhu..sedihnya..namun aku kene teruskan hidup..semoga aku diberikan kekuatan untuk menempuh segala dugaan ini..kerana hanya satu yang ingin aku capai dalam hidup ini..kejayaan didunia dan akhirat..disamping resti ibu bapaku...amin..

Sunday, September 5, 2010

syawal datang lagi




andai tangan tiada upaya berjabat,
andai kata tidak kedengaran,
andai mata silap melihat,
telinga salah mendengar,
lidah terlanjur kata,
fikiran salah mentafsir,
hati silap menduga..
ku pohonkan sejuta kemaafan
kepada semua rakan dan taulan...
salam aidilfitri maaf zahir dan batin..

Saturday, September 4, 2010

syawal bertandang lagi..

Assalamualaikum wth...kepada semua sahabat handai,rakan taulan..semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat dan dibawah lembayung rahmat yang Esa..amin..hari ini masuk hari yang ke-25 umat islam menjalani ibadah puasa..syawal kian menampakkan serinya..namun kurasakan seperti biasa..mungkin hati ini tak gembira segembira dahulu apabila syawal menjelang...apa pun dikesempatan ini,izinkan diri ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf diatas segal kesalahan dan kekhilafan yang dilakukan sepanjang persahabatan dan perkenalan ini..segala yang terkasar bahasa,terkata,terlebih dan terkurang harap dapat dimaafkan.semoga dibulan yang mulia ini kita dapat mengeratkan silaturrahim dan saling bermaafan..akhir kalam..selamat menyambut aidilfitri yang bakal tiba..semoga bergembira menyambutnya dengan seisi keluarga tercinta..maaf zahir dan batin..jemputlah datang rumah..sekian..

Wednesday, September 1, 2010

hari merdeka yang ke-53

assalamualaikum semua...hari ini adalah hari sambutan merdeka yang ke-53..namun seperti tiada ape2 yang berlaku kat diri aku..huhuhu..sedihnya..mungkin sebab dalam bulan puasa kot..hari cuti ini aku bangun pukul 10 pagi..lepas mandi semua..aku tergerak nak cuci kereta aku...kesian aku tengok dah berhabuk walau baru seminggu jer aku basuh..so aku basuhlah dengan hati yang riang..hahaha..lepas habis basuh kereta..aku tengok jam baru pkl 11..kenapa aku rasakan yang jam hari ini lambat bergerak..so aku balik bilik..aku tengok..ami still main game..so aku cari keje lain yang nak buat..nak study malas..huhuuhu..so aku ambik keputusan tuk kemas bilik..lagipun dah berhabuk akunyer tempat memasak..huhuhu..siap kemas,menyapu..semua..baru tengahari...ape lagi aku nak buat??ermm..dah setlle semua..aku baring sementara nak tunggu pukul 3..sebab pukul 3 aku ngan geng kusisdari nak buka puasa kat rumah doktor wan..lepas bangun,mandi,sembahyang..aku siap tuk gerak..sebelum gerak aku ambik kak ana,laila,anis ngan ya..dalam 3.30 baru gerak..sampai kat sane dalam pukul 4.15..masih awal lagi..so kiteorang tolonglah ape2 yang patut..potong sayur n sebagainya..memang best..macam2 lauk kak kina masak..buka ari nie memang seronok..dapat buka ramai2 macam dah satu family jer..lepas solat maghrib..rileks jap..sementara tunggu isyak,ada saja yang dibualkan..memang best..alhamdulillah..kami dapat sembahyang isyak dan terawih berjamaah..lepas sembahyang..ada lagi second round..makan mee kari plak..wah..kenyang betul hari nie..lepas bual2..dalam pukul 11 kami gerak balik..ape pun sedikit sebanyak eveny nie dapat mengubat rindu dan menggembirakan aku..syukur sangat..hehehe..

Tuesday, August 31, 2010

Antara Cinta Dan Suka



by Shahrul Azmi

Di hadapan orang yang kita cinta,

hati kita akan berdegup kencang.

Tapi di depan orang yang kita suka,

hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta,

musim sentiasa berbunga-bunga.

Di depan orang yang kita suka,

musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.

Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.

Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja.

Di depan orang yang kita cintai, kita menjadi malu.

Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukan image yang sebenarnya.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.

Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.

Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.

Perasaan suka bermula dari telinga.

Sunday, August 29, 2010

Hikmah Lailatul Qadar

Oleh Saidul Amin Usman
LAILATUL Qadar adalah malam yang berlaku pada Ramadan. Malam ini disebutkan dalam dua surah al-Quran, iaitu pada surah al-Dukhan dan al-Qadr.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” (Surah al-Dukhan, ayat 2)

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan.” (Surah al-Qadr, ayat 1)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 3)

Ada beberapa riwayat yang menceritakan sebab Allah menurunkan malam al-Qadar untuk umat Muhammad.

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. “Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri

Friday, August 27, 2010

kesibukan diari hidupku....

assalamualaikum kepada semua sahabat2 dan taulan..semoga semua dalam keadaan yang ceria dan dirahmati oleh Yang Maha Esa..amin...jika diperhatikan blog ini..memang dah lama tidak diupdate..selama itulah diari hidupku sibuk..sibuk dengan pelbagai aktiviti sehingga kurasekan tiada masa dan ruang untuk aku menukil diari aku di sini..Sekarang dah masuk pertengahan bulan ramadhan..kurasakan begitu cepat masa berlalu...pejam celik jer dah midsem..tapi aku macam tak sedia lagi untuk final exam..macam banyak lagi subjek yang aku belum cover...pelbagai perkara aku kena lakukan pada masa yang sama..sem ini aku memegang 3 projek persatuan..selain itu,aku kene handle gak projek yang lain..namun alhamdulillah 3 projek persatuan dah lepas..memang letih..tapi seronok...exam final tinggal brape hari jer lagi..semoga aku boleh lalui dengan sempurna..amin..Ramadhan kali ini aku rasa macam tak berapa seronok sebab aku tak dapat nak tunaikan terawih penuh disebabkan ada kelas malam selasa dan rabu..nasib badan...tapi semakin dekat nak raya..rase macam makin sedih...aku merindui insan yang telah pergi menghadap Illahi..especially abang aku,ibu,nenek...kalau dulu..masa nak rayalah paling seronok buat aku walau aku blaja jauh..tapi sekarang..semua tu tinggal kenangan jer..ape pun hidup mesti diteruskan..semoga roh2 mereka ditempatkan ditempat yang mulia diSisi Allah SWT..amin..lepas raya nie aku akan handle 2 lagi projek...lepas tu final exam..arrrgghhh...semalam test minor ngan elektif pun aku rase macam nak muntah jer bace note2 tu semua..huhuhu..harap aku boleh tingkatkan akunyer pointer sem ini..amin...setakat ini jer aku blh menukil..sebab ade kerja lagi yang harus aku selesaikan..wassalam..:-)

Sunday, July 25, 2010

menikmati keindahan alam

Hari sabtu nie aku tak kerje sebab bengkel bhepp tak habis lagi...aku pergi sesi pagi jer..sebab aku tak larat sangat..mungkin penat sangat kot...so aku balik bilik untuk merehatkan badan dan minda..wah bestnyer dapat tidur..tapi sebelum tidur,aku sempat pergi basuh baju dulu sebab aku tengok cuaca elok..ape2 pun kene settlekan benda yang penting dulu..hehehe..sebab mengantuk sangat aku tido sampai tak makan tengahari pun..roomate aku gerak aku tuk solat zuhur n asar..aku rase macam nak mandi laut jer..so aku ajak nazmi,mus n ami pergi berenang kat batu feringgi..kiteorang gerak pukul 5.30 selepas semua solat asar..sampai kat pantai pukul 6.30..apa lagi..aku terus g cari port..tukar baju n..terjun...wah bestnyer..sebab dah lama tak mandi laut..aku,mus ngan ami jer yang mandi..si nazmi tak mandi sebab tak tau berenang..huhuhu..kesian aku tengok kawan aku sorang nie..siap posing atas batu lagi kat dalam air..yang mus excited wat terjun dari batu ngan aksi dia..hahahaha..terhiburlah gak..hilang semua tension...lepas penat berenang kiteorang lepak atas batu sambil makan keropok yang nazmi bawak..dahlah dia jadi jurugambar..makanan dia plak kene paw..hahahaha..lepas makan semua..kiteorang tukar bajus semua sebab dah pukul 7 lebih..habis tu gerak balik n sempat singgah kat masjid tuk sembahyang maghrib..huhuhu..petang yang ceria...lepas hantar mus balik kat usm..kiteorang bertiga g makan kat ivory..biaselah,lepas naik dari air mesti lapor punyer..hahahaha..lepas makan,balik bilik,mase untuk rest..sebab esok pagi kene keje plak..hehehehe..

Hari jumaat yang sibuk..

A'skum...selepas habis fotostat semua buku rujukan dan nota2 hari jumaat semalam..aku rase dah bersedia untuk study hard sebab dah ada nota n buku..selepas solat jumaat,aku dan roomate aku pergi kat kedai fotostat sungai dua untuk take up my note semua..petang tu aku takde kelas,tapi aku kene settlekan kewangan untuk malam interaksi anak negeri perak dekat bendahari n bhepp..wah penat giler aku berkejar sana sini..sebab banyak benda yang diaorang nak..kejap pergi bank,kejap pergi bendahari..penat aku,dahla usm nie kurang tempat parking kereta..ini lagi satu hal..jenuhlah mencari tempat parking,huhuhu...habis benda nie,aku terus ke kaunter kusisdari untuk berkemas n tutup kaunter..selesai semua,solat asar..aku,roomate aku ngan nazmi gerak pergi tesco tuk beli barang2 dapur..hehehe..dah start nak masak dah..kiteorang balik dari tesco pukul 8 malam..wah banyak gak barang yang kiteorang beli..penuh bonet kereta..huhuhu..samapi kat bilik,mandi,sembahyang..n aku terus bersiap tuk ke dk u sebab ade bengkel anjuran bhepp tuk semua majlis tertinggi persatuan dan kelab..wah penatnyer hari nie..dahlah perut lapor..habis dalam pukul 11...ape lagi lepas habis jer..aku ngan ydp n nydp terus pergi sungai dua pekena char kew teow...wah..memang sedap sebab perut tengah lapor..habis tu kiteorang balik dalam pukul 12.30..huhuhu..balik bilik,kemas bilik jap ngan barang2 yang aku beli tadi..dalam pukul 2 pagi baru aku masuk tido..huhuhu..

Saturday, July 24, 2010

campus life begin hard...




A'skum sahabat semua..dah habis minggu kedua aku masuk semester baru nie..
masuk jer minggu nie aku semakin sibuk dengan study dengan persatuan...sibuk mencari nota2 dan buku..lepas tu kene jaga kaunter persatuan untuk tarik ahli2 baru terutamanya budak2 yang baru masuk...alhamdulillah..ramai gak yang join persatuan anak negeri perak..selang tu,aku sibuk ulang-alik pergi kedai fotostat untuk copy buku2 rujukan dengan nota kuliah...hehehe..langkah2 bijak untuk jimatkan perbelanjaan..tengah2 sibuk2 sampai tak sempat nak rest..tap2..hari rabu semalam..belakang kereta aku kene langgar dengan pekerja cafe bawah tu...nasib baik ade sorang pak cik tu nampak ngan ambik no plat van tu..klu tak,aku pun tak tau nak cakap aper..pening aku makin bertambah..tengahari tu aku parking kat tempat biasa,ntah macam mane dia blh langgar pun aku tak tau....aku sedar kereta aku kene langgar time nak g sembahyang maghrib kat masjid..ape lagi..tak kusyuk langsung aku sembahyang..lepas sembahyang jer..aku terus balik..cepat2 aku tengok semua kereta kat parking desa,mana tau ade kesan calar ke.kemek ker sebab langgar kereta aku..aku tgk takde..akhir sekali aku pergi kat minimart dekat tempat aku parking..alhamdulillah..dia bagitau aku yang pekerja kafe yang langgar..ape lagi..aku terus pergi kafe,tanye betul ker tak..akhirnya abang tu mengaku,tapi yang bikin aku panas,aku ckp baik2 ngan dia tapi dia tak nak settle cara baik..akhirnya aku pergi wat repot kat balai trafik timur laut..lama gak aku wat repot..sampai pukul 12 tengah malam baru habis..malam tu memang aku panas jer..nasib baik aku boleh control akunyer marah.klu tak...penumbuk kot aku bagi kat abang tu..malam tu jugaklah aku call abang aku ngan ayah aku mcm mane nak settle,maklumlah..aku tak pernah lagi berdepan ngan situasi macam nie..tapi memang sedihlah..tengok kereta aku kemek,lampu belakang pecah ngan bumper jatuh..huhuhuhu...

Saturday, July 17, 2010

first day kerje kat branch bayan lepas..



salam..hari nie,first day akau keje kat branch bayan lepas..untung gak dapat tempat keje yang lebih dekat ngan hostel..hehehe..mula2 keje macam biase..tapi tak taulah,hari nie aku keje macam rase bosan semacam jer..tak mcm kat ampang..maybe sebab akuu belum ngam ngan semua staff kat situ kot..klu ade faridkan mesti best..huhuhu..rindu plak kat dia..so walaupun kurang keje..aku tetap buat mcm biase..dok belek2 website itu ini..update blog aku nie..huhuhu..time kuar lunch aku g sorang2..takde member.huhuhu,sedihnya..makan nasi kandar kat kedai mamak tu..tap2..aku terkena..bayangkanlah..makan nasi kandar lauk ayam goreng,sayur harga sampai dekat 8 ringgit..belum masuk air lagi..mahal giler..huhuhu..confirm sok aku tak g makan kat situu lagi..baik aku makan kfc ker,mcd ker atau pizza..lagi berbaloi..huhuhu..tepat pukul 5 aku pun ready tuk balik selepas report pun dah siap..huhuhu..balik dgn senang hati..sok pagi masuk keje pkl 8 pagi..hope sok lagi baik daripada hari ini..amin..

Sayang dan rindu yang terpendam.

Perasaan sayang dan rindu adalah nikmat pasti pernah dirasai oleh setiap insan..begitu juga dengan diri ini..ada suatu ketika perasaan ini tidak dapat untuk dipendam lagi..lalu ku curahkan walaupun bukanlah dengan kata2..adakalanya hanya linangan air mata sahaja..insan yang pernah kusayangi dan rindui..insan yang selalu memberikanku semangat untuk meneruskan menimba ilmu dan mengutip butir2 pengalaman hidup..pahit manis aku sering dikongsikan bersama..namun hakikatnya manusia tidak akan kekal lama didunia ini..Allah lebih menyayanginya berbanding kita hambaNya..walaupun sudah setahun setengah ia pergi..namun segala kenangan tidak dapat aku lupakan..kau rindu...rindu kepada kasih sayangnya..terngiang di telinga ini segala nasihat dan tunjuk ajarnya..senyumannya ketika menyambut aku bertemunya semasa waktu cuti semestar..bersamanya keladang dan segalanya..aku rindukan keadaan semua itu..andai dapat waktu ini diputarkan semula,ingin aku mencurahkan segala kasih sayangku semua untuk dirinya..aku berasa kekosongan disaat dia tiada disisi lagi..aku sering keseorangan dlm hidup ini,melalui segala perit dan tangis seorang diri..aku rindukan segala kata2 semangat yang diberikan kepadaku...Ya Allah..Engkau rahmatilah dan cucurilah keatas rohnya dan tempatkanlah ditempat yang Engkau muliakan..amin..

Thursday, July 15, 2010

Kembali ke alam kampus..






A'skum semua..hai sahabat2 semua..hope semua sihat walafiat..errmm..macam tak terasa jer cuti sem yang 2 bulan nie..mase begitu pantas berlalu..ape pun alhamdulillah kerana aku masih lagi bernyawa..waktu cuti sem tak byk yang aku blh lakukan sebab sibuk ngan kerja..ape pun best gak aku enjoy ngan keje aku..lagi2 ade staff member yang baik..memang tak leh lupalah..Farid sulaiman(staff baru ngan sabira yang dulu start keje ngan aku sekali..dia sampai sekarang keje kat tempat yang sama lagi dan aku plak g sambung blaja..bile ct sem jer aku keje kat branch ampang..time study aku keje part time kat branch bayan baru dengan ngan kampus..dalam mase 2 bulan ct rase mcm2 hal jadi...atuk sebelah mak aku,nenek sedara sebelah mak aku meninggal..lagi mak su aku naik jinjang pelamin..memang best..tapi kau takleh nak spend byk mase sebab keje..tapi hari tu mcm round semenanjung jer..dari kl ke pahang,lepas tu ke johor,melaka,n.9 and balik semula ke balakong..huhuhu..memang memenatkan..tapi seronok,dpt jmpa sedara..sebelum tu aku sempat gak g sarawak selama seminggu.huhuhu..best gak dpt jumpa farisd..jln2 cari pasal...hahahaha..dah penat berjalan n dah hbs banyak duit..kerje ler plak..tuk support balik poket nie..dapat gaji first ape lagi..motor akulah yang merasa..huhuhu..hbs dekat 700 kot..tukar 2 tukar nie..hehehe..janji aku naik selamat..hehehe.time poket kering,makan nasi lagi..tak makan maggi yer..gaji bulan lepas..aku dapat ganti hanset aku yang dah 6 tahun aku gune..jimat tak aku??selain tu,aku blhlah beli barang2 tuk masuk sem baru nie..dan aku dapat ilmu baru,jadi mekanik kereta bile aku ct kerje..tolong along aku..hehehe..selama 2 bulan ct,aku duk rumah cuma brape hari jer..nasib baik parent aku faham..nak cari nafkahlah katakan..hehehe..ari ahad semalam baru aku on the way balik kampus sorang2..bosan gak drive sorang2..huhuhu..wah..sampai kat kampus mcm tak caye jer..yang aku dah bergelar senior..huhu..ttadi baru jer aku dpt junior..tapi perempuan.hohoho..mcm mane aku nak berkomunikasi ngan dia pun tak tau..huhuhu....dan subjek sem nie macam banyak jer..dahlah time byk bertindih...mcm susah gak aku nak ambik minor aku..tak hbs2 ubah time..huhuhu

Saturday, July 3, 2010

'Baru Semalam Aku tersedar'



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Baru semalam aku tersedar
Hakikat malapnya ‘imanku'
Umpama sinaran rembulan
Samar menyuluh gelita
Malap bagaikan tiada
Walau sering ‘dia' menemani
Namun aku tetap tersungkur
Datangnya ‘dia'
Perginya ‘dia'
Namun aku tetap begitu
Masih tidak aku sedari
Apakah perlunya ‘dia'
Datang bagaikan purnama?
Agar aku mengikuti jejaknya..


Baru semalam aku tersedar
Hakikat rapuhnya ‘taqwaku'
Umpama nipisnya cengkerang
Nipis menanti rekah
Retak menunggu belah
Walau waspada itu pasti
Namun rebah tetap menanti
Datangnya laknat
Perginya nikmat
Namun ‘dia' kekal begitu
Masih ku biar berkecai
Apakah perlunya ‘dia'
Datang bagaikan mutiara?
Agar aku lebih menghargainya...







Baru semalam aku tersedar
Hakikat kerasnya ‘hatiku'
Umpama ketulan batu
Kebal tanpa berubah
Kaku tanpa berganjak
Walau sering ‘dia' diketuk
Namun aku tetap menuli
Datang kepadanya
Pergi daripadanya
Namun aku tetap begitu
Masihku biarkan kaku
Apakah perlunya ‘dia'
Datang bagaikan pasir?
Agar aku lembut menerimanya...


Baru semalam aku tersedar
Hakikat lemahnya ‘dakwahku'
Umpama desiran ombak
Lemah tidak berkudrat
Longlai memukul pantai
Walau ombak sering bertandang
Namun pasir tetap utuh
Datangnya ‘aku'
Perginya ‘aku'
Namun kau tetap di situ
Masih enggan mengikutiku
Apakah perlunya ‘aku'
Datang bagaikan badai?
Agar kau datang bersamaku...

erti sahabat

'Segalanya Milik Mu'




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyebut namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan

'Jodoh Itu Ketentuan Tuhan'




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Jodoh?
sesuatu yang tidak asing bagi setiap manusia..
diri ini juga tidak terlepas untuk membicarakannya..
adakala family dan saudara bertanya..
dan pernah juga sahabat2 bertanya...

Jodoh adalah ketentuan Allah..
walau kita mempunyai sesorang teman yang kita sayang..
andai telah Allah takdirkan dia bukan jodoh kita..
walau berusaha macam mana..ia tidak akan menjadi milik kita..
apa yang pasti diri ini percaya dengan Janji Allah..
diriku telah berusaha dan terakhir hanya berdoa dan berserah padaMu ya Allah..

artikel ini saya ambil dari iluvislam..ia amat memberi ilmu yang bermanfaat padaku..




Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

wallahua'lam..

ketenangan yang tidak ternilai

Tenang. Sayu. Gemersik alunan bacaan ayat-ayat Allah dirasai menyusup perlahan – lahan ke urat jari jemari, seterusnya ke jantung sebelum meresap ke hati. Getaran terasa sehingga menjadikan hati turut ‘tunduk’ mengakui keagungannya. Bercucuran air mata menitis tika merungkai maksud setiap baris ayat – ayat indah yang menuntun jiwa ke arah kedamaian yang hakiki. Sangat puitis walaupun ia sebenarnya bukannya puisi atau rangkap syair. Sangat ‘berat’ isinya sehingga sang gunung pun tidak mampu memikulnya. Pepohanan yang rimbun turut menundukkan ranting-rantingnya tika dialunkan bacaan ayat – ayat cinta sebagai tanda memuji kekuasaan dan keagungan kalamullah. Berkicauanlah sang burung sambil berlegar- legar menikmati kesegaran lantunan ayat-ayat tersebut.

Itulah keagungan Al Quran. Kalamullah yang Maha Agung.

Perasaan itu hanya dapat dirasai bagi hambannya yang beriman. Ianya satu anugerah yang tidak ternilai. Allah SWT berfirman :


“..(Iaitu) orang – orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram. ” ( Ar-Ra’ad : 28)

Wednesday, June 30, 2010

Rindu Pada Semalam - A.Gafar Mahdi




Kelmarin yang hilang...
Semalam yang sirna...
Masa dulu penuh catatan memori lalu
Nostalgia yang mengisahkan kenangan hidup berliku
Tetap di ingatan
Yang terkadang dihembus kabus basah
Dingin permukaannya
Kering kembali kala mentari menyinari.

Aku masih rindu pada semalam..
Semalam yang mengajarku tentang hari ini
Esok yang tidak pasti
Lusa yang belum tentu lagi.

Benarkah aku benar-benar rindu pada semalam?
Semalam yang tiada ulangan
Tapi..
Seringkali bahana berulang berkali-kali
Bahana mencari bahaya
Angkara serakah beraja
Kuasai diri
yang lemah tiada berakar
Rebah tiada bertunjang
Akal dan percaya
Pada Tuhan Rabbul 'alamin..

Rindu ingin membawaku
Kembali pada semalam
Semalam yang hilang
Menjelma..
Cuma igauan fana

Telah aku bicara pada semalam
Biarkan aku pergi meneruskan hayat ini
Sehingga kita bertemu jua di akhir nanti
Yang memperlihatkan aku dengan semalam
Tanpa diucap bibir yang pandai bermain kata
Hanya anggota saksi utama
Aku dan semalam...

Sunday, June 27, 2010

muhasabah diri dan cinta..

Wahai...
Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan...
Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu...

uji dan duga tiba bertimpa-timpa,,
semoga aku tabah menghadapinya...
doakan kesejahteraanku dan ketabahan hatiku....

Wednesday, June 23, 2010

RINDU DAN SAYANG UNTUK SIAPA????

Perasaan rindu dan sayang merupakan lumrah dan naluri manusia biasa...
tiada siapa yang dapat lari dengan perasaan dan keadaan ini..
begitu juga dengan diri ini..sejak beberapa bulan ini ku merasakan rindu dan sayang datang menjenguk kedalam jiwaku ini..adakah aku dikatakan sudah jatuh cinta???
namun cinta ini untuk siapa???aku pun tak tahu..
mungkin diri ini melalui fasa kedewasaan atau fasa untuk melengkapkan erti kehidupan aku ini..aku sejak dari dulu telah menyimpan perasaan sayang kepada seseorang temanku ini..namun disebabkan kuliah dan pengajian aku tidak sempurna lagi..
aku hanya mampu memendam rasa dan perasaan ini...kadang kala aku teringin juga bercouple seperti sahabat aku yang lain..tapi nak buat ape..just tunggu dan lihat.
baru2 ini aku ada balik kampung dan bagitau kat parent aku...hahahaha..
emak aku ketawakan aku....and nasihat aku bior habiskan akunyer study...wawawawa..
hari ini aku sempat mesej orang yang aku pernah rindu dan sayang setelah aku mintak pandangan kawan aku semalam..ermm..rase tak sabar jer nak jumpa dia bualan depan.
sebab selalu aku jumpa dia pun time raya jer..agak2 ape respon dia klu aku luahkan perasaan aku nanti yer..ape2 pun hope dia boleh terima seadanya diri aku nanti..hehehe..rindu itu adalah..anugerah dari ALLAH..rindu pada ketenangan dan kedamaian..seperti lirik lagu nasyid hijjaz..lalalalala...:-)

Saturday, June 19, 2010

LIKU DAN LURAH PERJALANAN

salam sejahtera buat semua sahabat..
setelah hampir 2 bulan melalui cuti semester ini..
kurasakan bagaikan kosong hidup ini..
tanpa kehadiran teman disisi.tiada gurau senda dan hilai tawa..
semua dengan haluan masing2..begitu juga dengan aku..
walaupun kadang kala aku bosan dan tension dengan kerja aku..
tapi disebabkan suasana bandar yang penuh dengan hiruk pikuknya.
aku tak tahu nak melepaskan dimana..
cuma yang aku boleh tengok bangunan jer..ermmm tambahlah tension aku..
lepas keje balik rumah..duk rumah..sampailah satu tahap aku bosan gile..
nasib baik tak sampai tahap gila..hahahaha..
kadang tu dahlah tension..ditambah lagi ngan tangis jerit anak buah aku lagilah tension..akhirnya aku duk sorang2 kat tembok tepi rumah..boringnyer...
rase tak sabar je nak start sem depan..
tapi tulah manusia.tak pernah berpuas hati dengan ape yang ade..
bila study.tension plak ngan study,assignment dan sebagainya..
bila cuti..rase boring plak..huhuhuhu...manusia2..
bila agaknye aku akan ditemukan dengan insan pilihan aku yer???
hehehehe...gatal punye budak..
tapi tu lumrah hidup manusiakan..kadang aku rasekan kesunyian...
kesepian..nak minta simpati tetapi tiada yang sudi..
hanya kepadaNyalah aku meminta dan memohon...
dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat..
semoga mendapat keredhaan dan bahagia selamanya..amin..

Saturday, June 12, 2010

NUR KEHIDUPAN

Kupanjatkan do'a penuh nista

terpercik dari nafsu- nafsu dunia

adakah jalan cahaya syurga

ataukah ini semua tipu iblis durjana




Kuingin nikmati harumnya syurga dunia

tapi tercium sampah sampah pendusta

ingin kulihat bintang kejora cita dan cinta

tapi apakah aku sedang buta




Jalanku terbentang jika sajadah kurentang
setapak tangan saja jika kumelipatnya

apa yang kurasa belumlah apa apa

nantilah aku, hai kesedihan tak terhingga




Ku berserah atas nama hati pada MU ya Robbi

Atas segala cita luka duka dan bahagia

Kuatkanlah sabar ikhlas dan ikhtiarku

Ku yakin diujung sana ada cahaya pemuka

mencari ketenangan


Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

•Dimensi kata, rasa dan tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

•Rasa kehambaan.
•Rasa bertuhan.
•Memahami maksud takdir.
•Mendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

•Rasa kehambaan.
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

•Rasa bertuhan.
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah:
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

•Memahami maksud takdir Allah.
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:

“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”

•Mendapat hikmah bila diuji.
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.

Firman Allah:

Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.

Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.

Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!

Monday, June 7, 2010

Saturday, May 29, 2010

Malaikat maut 70 kali dalam sehari

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.
Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

BERSEMADI...alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.
SEDIH...kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.

Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.
Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

"Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

"Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya," katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

"Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

"Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian," katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
"Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

"Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah," katanya.

Rintihan Roh

Diriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.

Setelah lewat lima hari roh berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.

Firman Allah SWT bermaksud:
“Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.”
( An-Naba’: 38)

Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.

Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para kerabat yang sudah mati, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, semoga Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu turun pada malam Lailatul Qadar.

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.

Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.
Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT menunjukkan:
Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama.”
(Yaa Siin: 79)
Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka kita katakan hahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma kalau tangan dapat bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama sekali tidak bergerak.
Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas’ah dan ditaruh di rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas’ah itu tidak bergerak dari tempatnya.

Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada di alam malakut.

Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di situ pula.

Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari sisi Allah yang Rahman: “Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi.”

Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai datangnya hari kiamat.

Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang dari berkata.

Sebahagian Hukama’ ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan sebagai berikut:

1. Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada dalam liang yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada Tuhannya.
2. Roh-roh para Syuhada berada di syurga Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang keqanadil yang digantungkan di Arasy.
3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam telih burung pipitnya Syurga.
4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para mukminin.
5. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya digantung diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.
6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur beserta tubuhnya.
7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka Jahannam dipintakan diwaktu pagi dan petang.


Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang halus. Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.

Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, maka mereka bertanya kepada baginda tentang roh dari Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT.

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhanku.”
(Yaa Siin: 79)

KERANA AKU SEPERTI AIR













Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari jalan mudah untuk merupa diriku
Membentuk diri pada bejana yang telah sedia ada
Lalu sama seperti yang biasa
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus sebagai air
Mengalir tidak pernah berhenti
Melimpah, menyerap, menghakis, menembus
Memenuh setiap ruang yang kosong
Tanah tandus dan benih kering
Kucurahkan subur agar muncul tunas
Yang pucuknya nanti mahkota rendang
Tempat berteduh di dataran gersang

Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari alur pendek untuk meringkaskan perjalananku
Mencari kolam kecil dan lopak yang telah sedia berlubang
Lalu bertakung tiada hasil menunggu kering masa
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus gagah mengalir
Dari pancaran anak batu di hulu belantara
Meliku, melekok, membelah dada baruh dan darat, selatan dan utara

Lantas!
Si dahaga menghirup jernih teguk yang sejuk
Si lapar mengail isi subur khazanah dada yang kaya
Tebing menyambut perahu berlabuh
Menemukan rindu dengan yang ditunggu

Kerana aku seperti air
Aku boleh memilih untuk tiada tersirat di sebalik yang tersurat
Mengalir dangkal sejengkal dari pangkal
Lalu mudah ditafsir segera, sejurus sebelum kontang terserap ke udara
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk menjadi lautan seribu tanda tanya
Bagi pelayar di permukaan seluas pandangan mata
Ketemulah ia ribut taufan puting beliung yang menggila.
Namun yang bestari ingin mencari makna
Akan menyelami sepi gelita dan bebal sekaki dua
Hingga sampai ke dasar selepas jerih payah dan sabar jiwa
Lantas bertemu keindahan makna, jawapan seribu satu rahsia

Riwayat aku seperti air
Di hari subur berbakti pada manusia dada tanah watan
Di hari gersang mikraj ke langit atas perintah Tuhan
Basah kering air, hanya kitaran pusingan nadi
Bumi dan langit, air terus maujud kekal menabur berbakti.

“Dan Allah menjadikan setiap haiwan itu dari air, maka ada sebahagiannya yang berjalan di atas perutnya, dan ada sebahagian yang berjalan di atas dua kaki dan sebahagian yang lain di atas empat (kaki). Allah menjadikan apa sahaja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu” – An Nur : 45

Friday, May 28, 2010

Bingkisan Doa

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.


SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI

ORANG YANG KITA CINTAI,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

KITA AKAN TURUT MENCINTAI

ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.


YA ALLAH,

ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN

OLEH-MU KEPADAKU,

MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH

KERANA-MU,

DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,

CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,

ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,

BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,

YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.




YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH CINTA,

CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,

JIKA AKU JATUH CINTA,

JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.




YA RABBANA,

JIKA AKU JATUH HATI,

JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.




YA RABBUL IZZATI,

JIKA AKU RINDU,

RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.




YA ALLAH,

JIKA AKU RINDU,

JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.




YA ALLAH,

JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,

JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU




YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,

JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.




YA ALLAH,

JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,

JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.


Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah.