Tenang. Sayu. Gemersik alunan bacaan ayat-ayat Allah dirasai menyusup perlahan – lahan ke urat jari jemari, seterusnya ke jantung sebelum meresap ke hati. Getaran terasa sehingga menjadikan hati turut ‘tunduk’ mengakui keagungannya. Bercucuran air mata menitis tika merungkai maksud setiap baris ayat – ayat indah yang menuntun jiwa ke arah kedamaian yang hakiki. Sangat puitis walaupun ia sebenarnya bukannya puisi atau rangkap syair. Sangat ‘berat’ isinya sehingga sang gunung pun tidak mampu memikulnya. Pepohanan yang rimbun turut menundukkan ranting-rantingnya tika dialunkan bacaan ayat – ayat cinta sebagai tanda memuji kekuasaan dan keagungan kalamullah. Berkicauanlah sang burung sambil berlegar- legar menikmati kesegaran lantunan ayat-ayat tersebut.
Itulah keagungan Al Quran. Kalamullah yang Maha Agung.
Perasaan itu hanya dapat dirasai bagi hambannya yang beriman. Ianya satu anugerah yang tidak ternilai. Allah SWT berfirman :
“..(Iaitu) orang – orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram. ” ( Ar-Ra’ad : 28)
skip to main |
skip to sidebar
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya?
Saturday, July 3, 2010
My Blog List
Teruskan berjuang
Selangkah ke alam perjuangan bererti selamanya dalam kepahitan..
Biarlah menangis,terluka,kecewa
kerana ditinggalkan kerana Allah..
Daripada mati terkambus tanpa mujahadah..
Kita tak sanggup selamanya terluka,
tapi ingatlah
setiap titisan darah dari luka dan air mata
itulah sebagai mahar kita
mendapatkan redhaNya dan syurga..
Bila ditanya kenapa berjuang itu pahit??
jawabnya kerana syurga itu manis..
Moga diri sentiasa tabah dalam perjuangan di jalanNya..
Berjuang hingga ke akhirnya..
Biarlah menangis,terluka,kecewa
kerana ditinggalkan kerana Allah..
Daripada mati terkambus tanpa mujahadah..
Kita tak sanggup selamanya terluka,
tapi ingatlah
setiap titisan darah dari luka dan air mata
itulah sebagai mahar kita
mendapatkan redhaNya dan syurga..
Bila ditanya kenapa berjuang itu pahit??
jawabnya kerana syurga itu manis..
Moga diri sentiasa tabah dalam perjuangan di jalanNya..
Berjuang hingga ke akhirnya..
MadAh JiwA
"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."
ReNuNgAn
"Allah setiap saat 'memanggil-manggil' kita untuk kembali kepada-Nya. Dengan cara apa saja. Dia, dengan kasih sayang-Nya,terkadang membuat suasana kehidupan seorang anak manusia sedemikian rupa dengan musibah, kesusahan dan kesukaran sehingga kalbunya dibuat-Nya 'menoleh' kepada Allah..Tetapi..teramat sedikit orang yang mendengarkan, atau berusaha mendengarkan, panggilan-Nya ini."
family yang dicintai
My Journey
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya?
Sahabat..
ReCenT PoSt
RENUNGAN HATI NURANI
Bicara Santai
Powered by Blogger.
Followers
About Me
- azmi hanakimichi
- Assalamualaikum dan salam sejahtera..sekadar ruangan untuk meluahkan ape yang tersimpan dalam diri ini..Seorang yang cintakan alam ciptaan Allah yang mendamaikan diri ini..Suka meluangkan masa dengan snap picture sana sini terutamanya suasana alam..still study lagi sambil membuat kerja sambilan..


0 comments:
Post a Comment