Wednesday, May 26, 2010

kembara noktah..


salam...ermmm..selama ini ku tak menyedari ape yang sebenarnya yang aku cari di dunia fana ini..setelah ku mengembara ke seberang lautan luas..aku semakin menyedari bahawa kecil dan hinanya diri ini..hidup penuh bergelumang dengan dosa sejak ku membuka mata di pagi hari sehinggalah ku menutup mata ini..Ya Allah...ampunilah dosa2 ku..berikanlah aku petunjuk kejalan yang Engkau redhai..
Sepanjang seminggu aku mengembara di seberang laut..aku mula menyedari dan seperti menemui cahaya kebenaranNya walaupun sebenarnya cahaya itu sudah terpampam di depan mata..Subhanallah...setelah ku mengikuti perjalanan hidup dibumi seberang aku merasai kejahilan diriku dihadapanNya...Alhamdulillah kerana aku mendapat petunjuk pada usia ini..ku cukup kagum dengan perjuangan sahabat2 diseberang laut yang tidak lupa menyebarkan dakwah islamiah walaupun sibuk menuntut ilmu..aku cukup bangga dan kagum dengan mereka semua..itulah yang sepatutnya dilakukan oleh kita semua..semangat yang begitu tinggi untuk menyebarkan dakwah islamiah di bumi Allah..
alangkah baiknya jika aku boleh berada disana lebih lama..aku merasai ketenangan dan kedamaian...sahabat seperti itulah yang ku harap2kan agar ada sahabat yang bisa membimbing aku kejalan yang diredhaiNya..ketahuilah bahawa pemuda yang sibuk dimasa mudanya dengan jalan Allah akan mendapat keredhaan dan kebahagiaan hidup didunia mahupun diakhirat..dan Allah akan memberi kita waktu yang sempurna dan cukup jika kita memberikan masa untukNya..insyaallah

0 comments:

Post a Comment